Harian Metro

Impian tercapai

- Ayusliza Azizan am@hmetro.com.my

 Pengetua tak sangka dirai menaiki helikopter pada hari persaraan

Pengetua Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Setia Alam Md Razak Hamjar, 58, teruja apabila impiannya menaiki helikopter tertunai pada acara kemuncak sambutan hari persaraann­ya di sekolah itu, semalam.

Pada majlis persaraann­ya, Md Razak diarak dengan menunggang kuda dari pintu masuk sekolah hingga ke dewan.

Beliau yang berkhidmat sebagai pengetua di sekolah itu sejak 16 Jun 2015 hingga 30 Jun lalu dirai bagaikan pengantin baru dengan persembaha­n silat serta paluan kompang sebelum duduk di pentas yang dihiasi pelamin.

Md Razak berkata, dia teruja dan gembira diraikan pada hari persaraann­ya.

“Sukar membayangk­an pengalaman menaiki helikopter berbanding kapal terbang, namun saya ucapkan berbanyak terima kasih kepada semua yang menganjurk­an program ini,” katanya.

Md Razak dibawa menaiki helikopter Robinson R66 Turbine dari SMK Setia Alam dan mendarat di Sekolah Kebangsaan (SK) Meru.

Beliau gembira kerana guru, pelajar, Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) serta pengurusan sekolah menghargai jasanya sebagai pendidik.

“Ini adalah penghujung perkhidmat­an saya sebagai penjawat awam selepas berkhidmat selama 36 tahun enam bulan.

“Justeru saya mahu noktah terakhir dalam perkhidmat­an awam ini menjadi catatan yang akan saya ingati sampai bila-bila,” katanya.

Menurutnya, sepanjang menjadi pengetua di SMK Setia Alam, dia gembira kerana prestasi sekolah naik, selain dapat membina surau dengan kerjasama PIBG.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia