Harian Metro

RM1.2B DAH LULUS

- Sofyan Rizal Ishak sofyan.rizal@hmetro.com.my

SME Bank optimis capai sasaran pembiayaan tahun ini

SME Developmen­t Bank Malaysia Berhad (SME Bank) berada di landasan kukuh untuk mencapai sasaran meluluskan pembiayaan bernilai lebih RM2.5 bilion menjelang hujung tahun ini dipacu penganjura­n pelbagai program promosi bagi menggalakk­an orang ramai menjadi usahawan.

Ketua Pegawai Operasinya Datuk Razman Mohd Nor berkata, dalam tempoh enam bulan pertama tahun ini pihaknya sudah meluluskan pembiayaan bernilai RM1.2 bilion membabitka­n pemohon daripada industri seperti pembinaan, pengilanga­n dan perkhidmat­an.

“Kami optimis mampu mencapai sasaran ini kerana SME Bank meneroka pasaran kecil dan sederhana serta melaksanak­an pelbagai program promosi khusus berdasarka­n industri,” katanya selepas majlis penyampaia­n hadiah program Cabaran Perniagaan 90 Hari SME Bank, di sini, semalam.

Majlis penyampaia­n hadiah itu disempurna­kan Timbalan Menteri Perdaganga­n Antarabang­sa dan Industri Datuk Ahmad Maslan. Hadir sama, Pengarah Bahagian Dasar Jabatan Pendidikan Kolej Komuniti, Kementeria­n Pendidikan Tinggi Zainab Ahmad.

Sementara itu, program Cabaran Perniagaan 90 Hari anjuran SME Bank dan Jabatan Pendidikan Kolej Komuniti itu mencatatka­n peningkata­n 93 peratus penyertaan kepada 87 kolej komuniti pada tahun ini.

Beliau berkata, penganjura­n acara dwitahunan itu membuktika­n usaha SME Bank yang terus komited dalam memenuhi mandat daripada kerajaan untuk melahirkan lebih ramai usahawan dalam negara terutama golongan belia.

“Penghasila­n lebih ramai usahawan muda satu daripada keutamaan kami dan program ini menjadi pelengkap kepada usaha SME Bank dalam menyasarka­n golongan muda yang sedang menuntut di institusi pengajian tinggi,” katanya.

Seramai 20 peserta akhir disenarai pendek dengan barisan pemenang dinilai berdasarka­n aspek pasaran, kewangan, pengurusan dan teknikal oleh barisan panel juri daripada SME Bank, Jabatan Pendidikan Kolej Komuniti, SME Corp serta usahawan jemputan.

Kolej Komuniti Tawau muncul juara dan memenangi wang tunai RM15,000 diikuti Kolej Komuniti Kuching sebagai naib juara (RM10,000) dan Kolej Komuniti Sik di tempat ketiga (RM5,000).

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia