Harian Metro

Pertumbuha­n eksport Mei diunjur kukuh

-

Kuala Lumpur: RAM Rating Services Berhad menjangka pertumbuha­n eksport Malaysia bagi Mei 2017 terus kukuh pada 20 peratus selepas disokong oleh momentum pengembang­an, lebih rendah daripada 20.6 peratus yang direkodkan pada April.

RAM dalam satu kenyataan berkata, pertumbuha­n import dijangka tidak berubah pada 20.4 peratus, bawah 24.7 peratus pada April, disokong peningkata­n berterusan dalam perniagaan domestik dan projek infrastruk­tur.

Pemulihan kitaran semasa menyediaka­n sokongan untuk eksport dan import tahun ini selepas mencatatka­n prestasi kurang memberangs­angkan sejak beberapa tahun.

Penganalis­is Ekonomi RAM Woon Khai Jhek berkata, apa-apa unjuran positif terhadap permintaan global dan hasil pengeluara­n adalah lazim dalam kalangan firma berasaskan eksport yang sentiasa optimistik mengenai prospek bagi tempoh enam bulan berbanding perusahaan berorienta­sikan domestik seperti yang ditonjolka­n dalam Indeks Keyakinan Perniagaan RAM bagi suku ketiga dan suku keempat 2017.

“Eksport mendapat manfaat daripada pemulihan dalam permintaan dari China, terdapat lonjakan dalam penghantar­an bahan mentah, bahan api mineral, peralatan jentera dan pengangkut­an,” katanya. Menurutnya, peranan bahan api mineral dalam pemulihan keseluruha­n eksport ke China sebahagian­nya dirangsang pemulihan harga minyak yang dijangka sederhana dalam tempoh terdekat berikutan kebimbanga­n terhadap harga yang berlaku, baru-baru ini akibat lebihan bekalan. - BERNAMA

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia