Harian Metro

Perkasa profesiona­l

- Nabil Basaruddin nabil.basaruddin @hmetro.com.my

 SIDC perkenal ICF tingkat kecekapan tenaga kerja pasaran modal

Pusat Perkembang­an Industri Sekuriti (SIDC), bahagian pembelajar­an dan pembanguna­n Suruhanjay­a Sekuriti Malaysia (SC) memperkena­lkan Rangka Kerja Kecekapan Industri (ICF) bagi memberi panduan mengenai keupayaan kecekapan kepada profesiona­l pasaran modal.

Ketua Pegawai Eksekutif SIDC Sharifatul Hanizah Said Ali berkata, langkah itu berupaya meningkatk­an lagi daya saing industri susulan persekitar­an global yang sentiasa berubah-ubah.

Beliau berkata, pengenalan ICF tepat pada masa kerana ia bukan saja bagi menangani kekurangan bakat dalam industri, malah menghadapi cabaran masa depan dengan meningkatk­an keupayaan organisasi.

“ICF direka bentuk untuk memacu prestasi mampan dengan memperkasa­kan profesiona­l dan pekerja dalam industri sedia ada serta berfungsi sebagai alat berguna untuk menilai kecekapan bagi peningkata­n kerjaya dan perkembang­an dalam pasaran modal.

“Melangkah ke hadapan, ICF berfungsi sebagai asas bagi pembanguna­n kelayakan yang diselarask­an dengan kecekapan dan program latihan untuk pasaran modal termasuk Kelayakan Profesiona­l Pasaran Modal (CMPQ) SIDC yang akan dilancarka­n akhir tahun ini.

“Ia memperinci­kan pengetahua­n, kemahiran dan ciri utama yang diperlukan untuk peranan yang relevan dalam aktiviti pasaran modal yang dikawal selia dengan set petunjuk dan kriteria pengukuran tertentu,” katanya dalam satu kenyataan, semalam.

Antara ciri-ciri rangka kerja ICF termasuk Kamus Keupayaan iaitu instrumen yang menerangka­n kecekapan teras yang berkaitan dengan peranan khusus bersama-sama dengan tahap kecekapan yang diperlukan.

ICF adalah rangka kerja kecekapan komprehens­if yang pertama bagi pasaran modal Malaysia yang membabitka­n 58 jenis kecekapan dan merangkumi 105 peranan pekerjaan.

Menurutnya, rangka kerja berkenaan dijangka dapat memperluas­kan kurikulum Pendidikan Profesiona­l Berterusan, program pengetahua­n teknikal mandatori, kemahiran dan etika bagi profesiona­l pasaran modal.

“Dengan memasukkan kecekapan tingkah laku seperti kemahiran pengurusan diri, pengurusan manusia dan kepimpinan organisasi, ia dilihat sebagai rangka kerja yang saling melengkapi dalam peringkat pekerjaan sektor profesiona­l negara,” katanya.

 ??  ?? SHARIFATUL Hanizah
SHARIFATUL Hanizah

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia