Harian Metro

Eksport meningkat

- Hafiz Ithnin hafizithni­n@ mediaprima.com.my

MATRADE optimis industri fesyen tempatan mampu berkembang

Perbadanan Pembanguna­n Perdaganga­n Luar Malaysia (MATRADE) optimis industri fesyen tempatan mampu berkembang pada masa akan datang berdasarka­n jumlah eksport produk tekstil, pakaian siap dan kasut tempatan yang terus meningkat dari setahun ke setahun.

Pada 2016, eksport produk tekstil, pakaian siap dan kasut tempatan meningkat sebanyak 5.1 peratus kepada RM13.88 bilion berbanding RM13.21 bilion yang dicatatkan pada tahun sebelumnya.

Malah, setakat empat bulan pertama tahun ini, eksport produk tekstil, pakaian siap dan kasut berkembang 9.7 peratus kepada RM5.09 bilion berbanding RM4.64 bilion yang dicatatkan dalam tempoh sama tahun lalu.

Pengarah Unit Gaya Hidup, Bahagian Perdaganga­n dan Promosi Perkhidmat­an MATRADE Abu Bakar Yusof berkata, Malaysia mempunyai kelebihan dari segi bakat muda yang lahir dari institusi pendidikan tinggi sama ada universiti, kolej mahupun kolej vokasional.

Selain itu, beliau berkata, Malaysia juga mempunyai pelbagai program keusahawan­an dan pembanguna­n kapasiti yang boleh membimbing dan menyediaka­n bakat muda tempatan kepada dunia fesyen sebenar sebelum menceburi bidang eksport.

“Malaysia mempunyai kapasiti yang kukuh dalam bidang pengeluara­n untuk produk fesyen seperti pakaian dan aksesori termasuk kasut, barangan kemas dan beg tangan. Antara kejayaan pemain industri tempatan apabila mereka berjaya mengeluark­an produk fesyen jenama antarabang­sa terkenal seperti Marks & Spencer, Guess, Nike, Tommy Hilfiger, GAP dan Adidas.

“Pasaran domestik kecil, maka menjadi keperluan untuk mereka meneroka pasaran antarabang­sa. Mengikut kajian oleh syarikat perunding McKinsey, pasaran industri fesyen global bernilai RM11 trilion (AS$2.4 trilion) pada 2016, sekali gus menunjukka­n terdapat peluang besar kepada syarikat tempatan,” katanya.

Beliau berkata, pasaran ASEAN juga memainkan peranan penting dalam menyumbang kepada eksport Malaysia di mana pada 2016, eksport produk tekstil, pakaian siap dan kasut ke rantau berkenaan berkembang 8.6 peratus kepada RM 3.02 bilion berbanding RM 2.78 bilion pada 2015.

Menurutnya, pasaran ASEAN menyumbang 22 peratus kepada jumlah eksport keseluruha­n bagi kategori produk berkenaan. dan penghantar­an kepada pelanggan,” katanya.

Menurutnya, selain menukar bateri, juruteknik Bateriku.com juga akan menjalanka­n pemeriksaa­n lain seperti memastikan tahap minyak enjin, tangki air, tangki pembersiha­n cermin, pengelap cermin serta tayar dalam usaha untuk memberi tambah nilai kepada pelanggan.

“Kami sedang mencari 100 pengedar, 500 stokis dan 1,000 juruteknik sambilan supaya dapat menampung jumlah permintaan yang meningkat,” katanya.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia