Harian Metro

KUIL MOTOSIKAL

- Agensi

Kenderaan klasik disembah seperti dewa kerana dipercayai mampu lindungi pengguna lebuh raya

Sebuah kampung di daerah Pali di negeri Rajasthan terdapat sebuah kuil yang terletak berhampira­n Lebuh Raya Nasional 65.

Kuil yang terletak di kampung Chotila sama seperti kuil lain tetapi dewa yang disembah penduduk di situ adalah sebuah motosikal klasik dan pemiliknya yang sudah meninggal dunia.

Penduduk memberitah­u, kisah kuil motosikal yang dikenali sebagai Bullet Baba bermula dengan satu kemalangan hampir tiga dekad lalu.

Pada 1988, seorang pemuda berusia 23 tahun, Om Singh Rathore yang menunggang motosikal jenis Royal Enfield 350cc terbabit dengan satu kemalangan dan meninggal dunia di tempat kejadian.

Selepas kemalangan itu motosikal berkenaan beberapa kali hilang ketika disimpan di balai polis dan ditemui semula di lokasi kemalangan.

Keluarga Rathore kemudian menjual motosikal itu kepada seorang lelaki di Gujarat tetapi kenderaan itu hilang dan ditemui semula di lokasi kemalangan yang terletak kira-kira 400 kilometer dari negeri itu.

Kisah itu tersebar dengan pantas dan ramai penduduk kampung percaya motosikal itu dan pemiliknya adalah dewa yang perlu disembah.

Penduduk kemudian membina sebuah kuil kecil berhampira­n lokasi kemalangan dan meletakkan motosikal berkenaan untuk disembah.

Pada hari ini, ribuan orang dari seluruh Rajasthan datang ke kuil berkenaan untuk menyembah motosikal itu dan memohon pelbagai hajat.

Pemandu teksi, bas, lori dan pengguna Lebuh Raya Nasional 65 juga sering berhenti di kuil itu untuk berdoa supaya perjalanan mereka selamat.

Penduduk juga memberitah­u, sejak kuil itu dibina, kemalangan di lebuh raya berkenaan turun dengan mendadak.

 ??  ?? PENGGUNA lebuh raya singgah di kuil itu untuk memohon supaya perjalanan mereka selamat. - Agensi KUIL kecil yang dibina bagi menyembah sebuah motosikal klasik di daerah Pali di negeri Rajasthan India yang dipercayai mempunyai kuasa ajaib. - Agensi
PENGGUNA lebuh raya singgah di kuil itu untuk memohon supaya perjalanan mereka selamat. - Agensi KUIL kecil yang dibina bagi menyembah sebuah motosikal klasik di daerah Pali di negeri Rajasthan India yang dipercayai mempunyai kuasa ajaib. - Agensi

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia