Harian Metro

Tulis nota di paha untuk menipu

-

Beijing: Bagi golongan pelajar, apa yang paling ditakuti adalah masuk ke dewan peperiksaa­n dan terlupa semua yang mereka belajar.

Namun, seorang pelajar wanita mendapat satu idea untuk membawa nota ke dewan peperiksaa­n, dengan menulis di pahanya.

Baru-baru ini seorang pengguna media sosial di China memuat naik gambar rakan sekelasnya yang menggunaka­n pahanya untuk menulis nota.

“Saya ketawa tidak berhenti-henti. Ia cara rakan sekelas saya menipu ketika peperiksaa­n, ia bukan satu ujian yang mudahkan?

“Saya berharap gambar ini akan menjadikan dia terkenal,” katanya.

Gambar itu kemudian tular dan menerima lebih 22,000 komen daripada pengguna media sosial.

Pengguna juga mendapati nota itu berkait dengan subjek akaun.

“Ini nota kira-kira kredit dan debit yang mudah,” kata seorang pengguna.

Ramai pengguna media sosial juga mengecam tindakan wanita itu yang menipu ketika peperiksaa­n.

“Adakah dia fikir menipu ketika peperiksaa­n itu satu perkara yang baik?” tanya seorang pengguna.

Menipu ketika peperiksaa­n bukanlah perkara baru di China dan pada bulan lalu pihak berkuasa menemui pelbagai cara canggih digunakan pelajar untuk meniru.

Pelbagai peralatan canggih seperti pen kamera dan jam dengan alat komunikasi tanpa wayar dirampas daripada pelajar di dewan peperiksaa­n. - Agensi

 ??  ?? NOTA mengenai kira-kira debit dan kredit yang ditulis di paha pelajar wanita itu. - Agensi
NOTA mengenai kira-kira debit dan kredit yang ditulis di paha pelajar wanita itu. - Agensi

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia