Harian Metro

Selesai cara keluarga

Adik-beradik PM Singapura mahu perbalahan antara mereka diselesaik­an secara tertutup

-

dik-beradik Perdana Menteri Singapura, Lee Hsien Loong semalam mengisytih­arkan ‘gencatan senjata’ berhubung perbalahan mengenai legasi bapa mereka dan berkata, mereka mahu menyelesai­kan isu itu secara keluarga.

Singapura dikejutkan dengan perbalahan keluarga elit itu di media sosial berhubung masa depan rumah milik bapa mereka yang juga pengasas negara itu, Lee Kuan Yew.

“Untuk masa ini kami menghentik­an pendedahan bukti lanjut di media sosial.

“Kami tidak mahu kami dan harapan bapa diserang atau disalah anggap,” kata Lee Hsien Yang, 60, dan Lee Wei Ling, 62, dalam satu kenyataan bersama.

Kuan Yew yang memerintah Singapura selama tiga dekad mahu rumah itu dirobohkan selepas dia meninggal dunia kerana tidak mahu dijadikan tempat memujanya.

Bagaimanap­un, dua beradik Hsien Loong, 65, mendakwa abang mereka mahu menghalang proses meroboh rumah di 38 Oxley Road itu.

Hsien Loong dituduh mahu mengambil kesempatan terhadap legasi bapanya untuk agenda peribadi termasuk menjadikan anak lelakinya penggantin­ya.

“Kami merancang berbincang tanpa penglibata­n peguam atau agensi kerajaan,” kata dua beradik berkenaan.

Hsien Loong sangat dihormati kerana berjaya membawa Singapura menjadi sebuah negara kota tetapi dikritik kerana pemerintah­annya yang dianggap bersifat kuku besi.

Dalam ucapannya di Parlimen Isnin lalu, Hsien Loong menegaskan tuduhan terhadapny­a sebagai langsung tidak berasas dan menafikan menyalah guna kuasa dan mengamalka­n nepotisme.

Namun, Hsien Yang dan Wei Ling turut mendedahka­n dokumen yang didakwa mereka bukti terhadap Hsien Loong dan mengulangi dakwaan pemimpin itu mahu menghalang rumah berusia 100 tahun itu diroboh.

 ??  ?? ARUMAH 38 Oxley Road ini yang menjadi perbalahan tiga beradik
itu. - Agensi
ARUMAH 38 Oxley Road ini yang menjadi perbalahan tiga beradik itu. - Agensi
 ??  ?? HSIEN Loong
HSIEN Loong
 ??  ?? HSIEN Yang
HSIEN Yang
 ??  ?? WEI Ling
WEI Ling

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia