Harian Metro

Tiada tindakan terhadap anak Jokowi

-

Polis tidak mengambil tindakan terhadap anak bongsu Presiden

Indonesia, Joko Widodo (Jokowi) yang memuat naik video yang didakwa mengandung­i unsur menghina agama dan menyebar kebencian.

Polis Jakarta sebelum ini menyiasat Kaesang Pangarep selepas seorang lelaki membuat laporan polis terhadap video yang dimuat naik pemuda berkenaan.

Lelaki yang dikenali sebagai Muhammad

Hidayat membuat laporan polis mendakwa video berkenaan mengandung­i perkataan menghina agama dan menyebarka­n kebencian.

Jurucakap polis, Syafruddin berkata, pihak berkuasa sudah menyiasat video berkenaan dan mendapati tiada unsur yang melanggar undang-undang.

“Saya tegaskan bahawa dakwaan dalam laporan yang dibuat itu hanya diada-adakan sahaja.

“Atas faktor itu tiada sebarang tindakan lanjut diambil terhadap individu yang memuat naik video berkenaan,” katanya di sini semalam.

Muhammad Hidayat dalam laporannya mendakwa Kaesang menggunaka­n perkataan yang menghina agama seperti ndeso yang bermaksud ketinggala­n zaman.

Bagaimanap­un, Syafruddin memberitah­u, perkataan ndeso yang diucap Kaesang tidak merujuk kepada subjek tertentu dan hanya satu gurauan.

“Perkataan ini sudah lama digunakan dalam percakapan masyarakat Indonesia dan ia hanya satu bentuk gurauan,” jelasnya. - Agensi

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia