Harian Metro

Fidget spinner RM72,300 Tangis air mata darah

- Agensi

Moscow: Inilah ‘fidget Spinner’ paling mahal di dunia yang akan dijual dengan harga RM72,300.

‘Edisi terhad’ permainan ini dikeluarka­n oleh sebuah syarikat barang kemas mewah Russia, Caviar, yang memang terkenal kerana pelbagai produk eklektikny­a.

Sebelum ini, syarikat berkenaan menjual iPhone bertemakan Vladimir Putin dan juga edisi istimewa sarung iPhone7 Donald Trump.

Fidget spinner yang dibuat daripada emas dijangka mula dijual oleh syarikat berkenaan sedikit masa lagi.

Syarikat berkenaan juga mengeluark­an permainan itu yang lebih murah - Caviar Spinner Diamonds - yang boleh dibeli dengan harga RM7,190.

Jika itu juga terlalu mahal, Caviar menawarkan peminat permainan itu dengan satu lagi edisi yang mempunyai warna bendera Russia dengan harga hanya RM1,084.

Caviar yang sebelum ini mengeluark­an jam tangan khas bagi meraikan hari jadi Putin berikrar untuk mendermaka­n sebahagian keuntungan jualan permainan itu kepada badan kebajikan. - Agensi

Seorang kanak-kanak membingung­kan doktor di India dengan penyakit misteri yang menyebabka­n dia menangis air mata darah.

Ahana Afzal, tiga, mula mengalami pendarahan dari hidungnya dua tahun lalu ketika menghidap pnuemonia.

Bagaimanap­un, keadaannya kini lebih teruk apabila darah juga keluar dari mulut, telinga dan matanya hampir setiap hari walaupun tidak ada kesan calar.

Ibu bapanya, Nazima Begum, 28, dan Mohammed Afzal, 33, sudah membelanja­kan lebih RM6,000 untuk pemeriksaa­n tetapi masih belum ada diagnosis rasmi.

Pakar perubatan berkata, Ahana mungkin menghidap hematodros­is, keadaan yang amat jarang berlaku.

Seorang doktor Mesir mendapat pujian daripada rakyat negara itu selepas dia meneruskan tugasnya melakukan pembedahan terhadap seorang wanita hamil walaupun dia mengalami keguguran ketika prosedur itu.

Kandungan Doktor Mervat Mohamed Talaat gugur ketika dia

Penyakit berkenaan menyebabka­n penghidapn­ya mengeluark­an peluh darah.

Mohammed, jurulatih kecergasan berkata, ketika mula mengalami pendarahan di hidung, doktor menasihatk­an dia supaya tidak risau kerana ia mungkin berpunca daripada demam panas.

“Tetapi keadaan Ahana kini semakin teruk. Dia menangis darah hampir setiap hari. Mulut dan telinganya juga mengeluark­an darah,” kata Mohammed.

Menurutnya, dia dan isterinya kecewa apabila dimaklumka­n anak mereka mungkin menghidap penyakit yang amat ganjil.

“Ahana sebelum ini ceria tetapi kini tertekan akibat penyakit itu. Doktor berkata, anak saya perlu menjalani lebih banyak pemeriksaa­n,” kata Mohammed.

Doktor Sirisha Rani, pakar pediatrik di hospital Pusat Perubatan Kanak-Kanak Rainbow, tempat Ahana pernah dirawat berkata, dia percaya kanak-kanak itu menghidap hematodros­is.

Doktor bingung masalah dihadapi kanak-kanak

 ??  ?? MATA Ahana mengeluark­an darah. - Agensi
MATA Ahana mengeluark­an darah. - Agensi
 ??  ?? EDISI Caviar Spinner Full Gold yang akan dijual dengan harga RM72,300, dipercayai fidget spinner paling mahal di dunia.
- Agensi
EDISI Caviar Spinner Full Gold yang akan dijual dengan harga RM72,300, dipercayai fidget spinner paling mahal di dunia. - Agensi
 ??  ?? MOHAMMED
dan anaknya, Ahana. -
Agensi
MOHAMMED dan anaknya, Ahana. - Agensi
 ??  ?? CAVIAR Spinner Diamonds yang boleh dibeli dengan harga RM7,190. - Agensi
CAVIAR Spinner Diamonds yang boleh dibeli dengan harga RM7,190. - Agensi
 ??  ?? FIDGET Spinner berharga
RM1,084 yang mempunyai warna bendera Russia. - Agensi
FIDGET Spinner berharga RM1,084 yang mempunyai warna bendera Russia. - Agensi

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia