Harian Metro

Kerbau balas dendam

-

Hanoi: Seorang pemilik kerbau mati selepas ditanduk haiwan peliharaan­nya itu apabila dia cuba memaksa kerbau berkenaan berlaga ketika satu festival di Vietnam.

Dinh Xuan Huong, 46, mati dalam gelanggang pesta laga kerbau di Hai Phong, utara Vietnam, Sabtu lalu.

Anggota keluargany­a berkata, Dinh penternak kerbau berpengala­man dan pernah melatih haiwan terbabit selama 10 tahun sebelum dia mencapai impian memiliki kerbau sendiri pertamanya kira-kira setahun lalu.

Bagaimanap­un, Sabtu lalu, kerbaunya naik minyak dan mengejar seorang pemilik kerbau lawan sebelum beralih pada Dinh.

Rakaman video yang tular menunjukka­n kerbau itu menanduk punggung Dinh menyebabka­n dia terjatuh.

Dinh cuba bangkit dan mengawal haiwan itu, tetapi ia sekali lagi ditanduk hingga tercampak setinggi kira-kira empat meter.

Dia cedera teruk di kaki. Dalam keadaan dia separuh sedar, Dinh cuba berdiri lagi, tetapi ditanduk sekali lagi, kali ini di kepala, menyebabka­n dia pengsan.

Lelaki itu dikejarkan ke hospital berhampira­n tetapi mati kerana kecederaan pada otak, tulang belakang dan kaki.

Pada masa sama, pihak berkuasa menembak kerbau itu dan membatalka­n Festival Laga Kerbau Don.

Ujian kemudian dilakukan pada bangkai haiwan terbabit untuk memeriksa sama ada kerbau itu diberikan dadah sebelum berlaga untuk membuatkan­nya lebih agresif. - Agensi

 ??  ?? GAMBAR dari rakaman video menunjukka­n Dinh ditanduk kerbau peliharaan­nya. - Agensi
GAMBAR dari rakaman video menunjukka­n Dinh ditanduk kerbau peliharaan­nya. - Agensi

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia