Harian Metro

Bah besar landa selatan Jepun

- Agensi

Sekurang-kurangnya dua orang terbunuh dan 20 hilang dalam banjir besar yang melanda selatan Jepun.

Dalam pada itu, pihak berkuasa memberi amaran kepada ratusan ribu penduduk supaya berpindah ke tempat selamat.

Hujan lebat diluar jangkaan menyebabka­n air sungai memecahi tebing, menghanyut­kan jalan raya dan rumah serta memusnahka­n sekolah.

Ribuan askar dan petugas penyelamat bertungkus-lumus semalam untuk menjejaki penduduk yang terputus hubungan dengan sebahagian­nya diancam tanah runtuh.

Pihak berkuasa kaji cuaca berkata, keadaan mungkin bertambah buruk.

“Kami menghadapi keadaan amat serius,” kata Timbalan Perdana Menteri Taro Aso.

Lebih 50 sentimeter hujan menenggela­mkan sebahagian Kyushu, empat pulau utama paling selatan Jepun sepanjang 12 jam lalu.

Hujan lebat dijangka berterusan hari ini, kata agensi itu ketika wilayah terbabit berdepan dengan kesan taufan yang membadai negara itu awal minggu ini.

Ketua Setiausaha Kabinet, Yoshihide Suga berkata, 7,500 askar, anggota penyelamat dan tentera dikerah ke kawasan terjejas.

“Kami menerima banyak maklumat mengenai mangsa yang hilang,” kata Suga. Dia bagaimanap­un enggan mengesahka­n jumlah itu.

Antara yang dilapor hilang ialah seorang kanak-kanak yang dihanyut air dan sepasang suami isteri yang tidak ditemui selepas kediaman mereka hanyut.

Seorang lelaki ditemui mati di bandar Asakura di wilayah Fukuoka, menurut laporan NHK dan Jiji Press.

Pegawai tempatan berkata, berdasarka­n laporan yang mereka terima, 20 orang hilang.

Sebuah jambatan landasan

2 disahkan mati, 20 hilang

kereta api juga musnah apabila sebahagian jambatan itu dihanyutka­n air, sekali gus menjejaska­n perkhidmat­an kereta api.

Beberapa perkhidmat­an kereta api lain terpaksa dihentikan akibat hujan lebat sementara pegawai tempatan membatalka­n sesi persekolah­an.

 ??  ?? SEBUAH kereta tersadai selepas banjir di bandar Yamada di wilayah Fukuoka, semalam. - EPA
SEBUAH kereta tersadai selepas banjir di bandar Yamada di wilayah Fukuoka, semalam. - EPA

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia