Harian Metro

V Shem, Wee Kiong optimis kembali bangkit

- Ferzalfie Fauzi ferzalfie@hmetro.com.my

Kuala Lumpur: Beregu lelaki negara Goh V Shem-Tan Wee Kiong (gambar) masih kekal positif menjelang Kejohanan Dunia di Glasgow, Scotland bulan depan walaupun prestasi mereka sepanjang tahun ini kurang memuaskan.

Pemenang perak Olimpik Rio itu yang bergelut dengan masalah kecederaan dan kurang konsisten tetap yakin mampu mengembali­kan prestasi terbaik mereka di kejohanan berkenaan.

Menurut Wee Kiong, dia dan Goh V Shem sedar apa yang perlu dilakukan selepas menyedari mereka tidak bermain baik tahun ini.

“Selain bergelut masalah kecederaan, saya rasa kemelut seterusnya adalah dalam kepala kami sendiri. Kami hilang rentak dalam gelanggang apabila lawan cuba mengejar. Ia sangat mengecewak­an.

“Bagaimanap­un, persediaan setakat ini berjalan lancar dan saya bersama V Shem mampu menyerlah di Kejohanan Dunia nanti,” katanya.

Selepas cemerlang di Rio, V Shem-Wee Kiong berjaya memenangi kejuaraan Siri Super Perdana pertama di Terbuka Denmark dan membantu mereka melonjak menjadi pasangan nombor satu dunia.

Seterusnya mereka berjaya meraih kejuaraan kedua di Siri Super Akhir di Dubai hujung tahun lalu dan sejak itu prestasi mereka mula merudum sehingga tergelinci­r ke tangga kelima dunia.

Ditanya mengenai pelantikan Cheah Soon Kit sebagai ketua jurulatih beregu lelaki, Wee Kiong berkata, ia sesuatu yang bagus apabila mempunyai pelbagai pilihan dalam kejurulati­han.

“Beliau seorang jurulatih berpengala­man namun semuanya terpulang kepada saya dan V Shem di dalam gelanggang. Saya yakin kami mampu memberikan aksi cemerlang di Glasgow,” katanya.

Pemain lain yang akan beraksi di Kejohanan Dunia ialah satu lagi beregu lelaki, Chooi Kah Ming-Low Juan Shen, bekas pemain nombor satu dunia, Datuk Lee Chong Wei, beregu campuran, Tan Kian Meng-Lai Pei Jing dan pemain profesiona­l Zulfadli Zulkiffli (perseorang­an lelaki), Yap Rui Chen (perseorang­an wanita), Sannatasah Saniru (beregu wanita) serta K Yogendran (beregu campuran).

 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia