Harian Metro

‘Jangan ambil mudah, tetap waspada’

-

Kuala Lumpur: Skuad hoki wanita negara tidak akan memandang mudah tugas di Sukan SEA 2017 Kuala Lumpur meskipun sudah meningkat satu tahap apabila layak beraksi di Separuh Akhir Liga Hoki Dunia yang juga kempen kelayakan Piala Dunia 2018.

Justeru, ketua jurulatih skuad hoki wanita negara Muhammad Dhaarma Raj Abdullah (gambar) menegaskan tiada sebarang rombakan pemain akan dibuat untuk menghadapi temasya dwitahunan itu yang akan membuka tirai secara rasmi 19 Ogos depan.

“Walaupun kami sudah bermain di Separuh Akhir Liga Hoki Dunia, tidak boleh kata mudah untuk memenangi emas Sukan SEA.

“Satu perkara kita kena faham dalam hoki wanita ini tiada sebarang jaminan.

“Peluang memang kita akan dapat menerusi cubaan depan gol atau pukulan sudut penalti. Tapi sama ada kita dapat menyempurn­akannya atau tidak, itu yang tak pasti,” katanya.

Jelas Dhaarma, atas faktor itu beliau sentiasa mengingatk­an barisan pemainnya supaya sedia berdepan apa saja kemungkina­n.

“Satu hari mungkin kita kena belasah manakala hari lain boleh menang.

“Situasi sama akan berlaku di Sukan SEA. Mungkin kita dapat banyak peluang tapi Thailand contohnya dapat satu saja dan mereka menjaringk­an gol berbanding kita yang mempunyai banyak peluang tapi tidak dapat membuat jaringan.

“Situasi ini hanya akan berlaku ke atas pasukan hoki wanita kita, tidak untuk skuad lelaki yang tampak lebih konsisten,” katanya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia