Harian Metro

Kin Lip lakar kejutan di Taiwan

-

Kuala Lumpur: Pemanah compound negara Lee Kin Lip

melakar kejutan apabila mara ke final di siri ketiga Piala Asia di Taiwan semalam.

Pada saingan individu itu, dia mengenepik­an cabaran sengit pemanah tuan rumah Chen Hsiang-Hsuan apabila meraih kelebihan dua mata pada aksi separuh akhir.

“Ia sememangny­a sesuatu yang tidak disangka kerana

(gambar)

berjaya mara sehingga ke final. Ini final pertama saya di pentas antarabang­sa,” katanya.

Dia akan menentang pemanah Iran Esmaeil Ebadi pada aksi final esok namun seorang lagi pemanah negara Zulfadhli Ruslan gagal mara ke final.

Dia yang turun sebagai juara bertahan terpaksa akur tewas kepada Esmaeil apabila sekadar mengumpul 139 mata berbanding lawan (144).

Seperti Zulfadli yang akan beraksi dalam aksi penentuan gangsa, ratu memanah negara Fatin Nurfatehah Mat Salleh turut mengalami nasib sama apabila terkandas separuh akhir.

Walaupun mengumpul mata sama dengan Divya Dhayal, aksi shoot-off menyaksika­n panahan lawan berada pada kedudukan lebih baik dan mara ke final.

Aksi pemanah recurve turut tidak mengecewak­an apabila gandingan campuran Muhamad Zarif Syahiir Zolkepeli dan Nur Aliya Ghapar akan mara ke aksi penentuan gangsa.

Zarif Syahiir yang dipilih ke Sukan SEA minggu lalu berganding­an baik bersama Nur Aliya bagi menyingkir­kan peserta Jepun sebelum akur kepada kehebatan lawan dari Korea Selatan di separuh akhir.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia