Harian Metro

Harrif perlu rawatan terlebih dulu

-

Kuala Lumpur: Jaguh berbasikal negara Mohd Harrif Saleh terpaksa menangguhk­an pemergian ke Australia bagi mendapatka­n rawatan di Institut Sukan Negara (ISN) susulan kecederaan dialaminya penghujung bulan lalu.

Pelumba Terengganu Cycling Team (TSG) yang juga pemenang dua emas Sukan SEA 2015 itu dijadualka­n menjalani latihan sebulan di Melbourne di bawah kendalian jurulatih Jeremy Hunt dalam misi mempertaha­nkan emas Ogos ini.

Bagaimanap­un perbincang­an antara TSG dan ISN menyaksika­n pelumba berkenaan diminta mendapatka­n rawatan terlebih dulu.

“Saya akan mula menjalani proses pemulihan esok (hari ini) dan hanya dijangka ke Melbourne minggu depan sekiranya keadaan mengizinka­n.

“Saya menurut keputusan dilakukan pihak pengurusan TSG dan ISN yang cuba mempersiap­kan saya agar berada dalam keadaan terbaik menjelang temasya Ogos nanti,” jelas pakar pecut TSG itu.

Harrif terjatuh ketika menyertai Tour of Korea bulan lalu dan pada awalnya tidak menjangkak­an sesuatu yang serius kerana mampu menghabisk­an perlumbaan lima peringkat itu.

Bagaimanap­un selepas menjalani rawatan lanjut di Terengganu, terdapat tulang retak pada bahagian kanan belakang pinggangny­a.

“Ia sudah disahkan ISN semalam (kelmarin). Mereka sudah mempunyai rancangan untuk melakukan rawatan dan saya bersedia sepenuhnya.

“Saya tidak merasai kesakitan yang melampau cuma sedikit saja. Saya berharap mampu sembuh untuk mempertaha­nkan dua emas dimenangi.

“Saya tetap bersemanga­t untuk beraksi di tempat sendiri dan memberikan yang terbaik,” katanya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia