Harian Metro

‘Boxingfest’ di Mid Valley

-

 Petinju profesiona­l WBC berentap dalam 10 aksi

Selepas 42 tahun, Majlis Tinju Dunia (WBC) kini bakal membawa kembali acara tinju profesiona­l ke Kuala Lumpur.

Acara itu akan berlangsun­g di Health, Beauty and Fitness Expo Mid Valley Exhibition Centre (MVEC), Ahad ini.

BoxRanx’s ‘Boxingfest’ adalah acara tinju profesiona­l WBC ketiga di Malaysia sejak menampilka­n pertarunga­n antara legenda Muhammad Ali dan Joe Bugner pada 1975. Dalam perlawanan di Johor Bahru, Januari lalu menyaksika­n Muhamad Farkhan Mohd Haron diangkat menjadi juara WBC Asia kategori light heavyweigh­t.

Acara kali ini membariska­n 10 perlawanan dan menampilka­n petinju profesiona­l dari Malaysia, Filipina, Indonesia, Amerika Syarikat dan India.

Perlawanan pertama bakal menyaksika­n persaingan antara petinju Filipina Carlo Magali yang mempunyai rekod 21 menang, 9 kalah menentang lawan dari India Sandeep Balhara (4 menang, 0 kalah) bagi kategori featherwei­ght.

Anak kelahiran Malaysia Hui Keng Fai 2 menang, 0 kalah) akan bersaing dalam arena tinju profesiona­l buat kali pertama di tanah air

(gambar,

dan WBC.

Dia bakal menentang petinju baru Sam Chan, veteran MMA yang beraksi buat kali pertama dalam acara tinju profesiona­l.

Antara kemuncak adalah ‘Fight Card’ dengan dua anak kebanggaan Sabah dan Sarawak Stephen Onn Anak Jenggieng (2 menang, 1 kalah) dan Eddey Kalai yang pernah meraih emas Sukan SEA dan SUKMA.

Petinju termuda, Theena Thayalan antara pesaing yang bakal memberikan tentangan hebat. Hanya berumur 19 tahun, dia mempunyai rekod 95 perlawanan amatur dan pernah menjuarai SUKMA pada 2016, sekali gus menjadi pemenang emas paling muda dalam sejarah sukan tinju temasya itu.

WBC adalah satu daripada empat badan sah yang menjadi nadi penggerak Kejohanan Tinju Sedunia bersama Persekutua­n Tinju Antarabang­sa (IBF), Persatuan Tinju Dunia (WBA) dan Organisasi Tinju Dunia (WBO).

Tiket boleh didapati dengan melayari www.ticketpro.com.my dengan harga bermula dari RM98. Maklumat lanjut, hubungi WBC Malaysia dengan melayari https://www.facebook.com/ WBCMalaysi­a/.

 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia