Harian Metro

Murray, Nadal, Venus mara ke pusingan ketiga

-

London: Andy Murray, Rafael Nadal dan Venus Williams melangkah ke pusingan ketiga Wimbledon kelmarin manakala bekas juara Petra Kvitova terkandas.

Venus, Kei Nishikori dan Johanna Konta dipaksa bergelut sebelum mara ke pusingan 32 terakhir, manakala Victoria Azarenka yang baru menimang cahayamata meneruskan kemunculan semulanya dalam usaha memburu kegemilang­an Grand Slam.

Dustin Brown, pemain Jerman berasal dari Jamaica, menyingkir­kan Nadal pada pusingan kedua di Kelab All England tahun lalu.

Namun pemain nombor satu dunia Murray tidak terperangk­ap dengan pukulan dropnya sebelum menang 6-3, 6-2, 6-2 di gelanggang tengah.

“Sebaik saya mendapat break pada set pertama, saya

(gambar)

berasakan momentum di pihak saya. Saya mula melihat arah pukulannya lebih awal yang membolehka­n saya menanganin­ya,” ujar bintang Britain itu.

Berikutnya buat Murray adalah pertembung­an dengan pilihan ke-28 dari Itali, Fabio Fognini.

Pilihan keempat Nadal, segar daripada kemenangan bersejarah kali ke-10 pada Terbuka Perancis, mudah menguasai lawan tangan kidal Donald Young dari AS dengan pemain Sepanyol itu menang 6-4, 6-2, 7-5.

Dia berdepan pilihan ke-30 dari Russia, Karen Khachanov selepas ini.

“Saya gembira sekarang, hebat kembali ke pusingan ketiga tanpa kalah sebarang set,” kata Nadal.

Juara dua kali Petra Kvitova kecuncang 3-6, 6-1, 2-6 di tangan Madison Brengle dari AS. - AFP

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia