Harian Metro

Everton makin hampir ikat Rooney

-

London: Pengerusi Everton, Bill Kenwright bertemu penasihat Wayne Rooney, Paul Stretford di London kelmarin berikutan spekulasi mengenai masa depan penyerang Manchester United itu.

Difahamkan perjanjian untuk membawa semula Rooney kembali ke Goodison Park berjalan lancar.

Ia kini di peringkat rundingan secara berdepan.

Bagaimanap­un, setakat ini belum ada sebarang persetujua­n buat pemain berusia 31 tahun itu ketika kelab lain juga mempamerka­n minat.

Masa depan bekas kapten England itu, yang memulakan 15 aksi Liga Perdana musim lalu, menjadi subjek spekulasi selama beberapa bulan.

Rooney memulakan kariernya di Goodison Park sebelum menyertai United dengan harga £27 juta (RM150 juta) pada Ogos 2004.

Pemegang saham utama Everton, Farhad Moshiri menganggap jika Rooney kembali ke Goodison

Park sebagai satu pembelian besar.

Rooney beberapa kali mengulangi dia tidak akan meninggalk­an

Old Trafford bagi mana-mana kelab lain Liga

Perdana selain

Everton, sekalipun difahamkan mereka bukannya kelab tunggal yang berminat.

Rooney, yang mempunyai kontrak bersama United hingga 2019, beraksi secara terhad di bawah kendalian Jose Mourinho.

Ditanya Mei lalu jika dia mahu kekal di Old Trafford, dia berkata: “Sudah tentu. Saya sudah berada di kelab ini selama 13 tahun, tapi saya mahu bermain bola sepak.” - Agensi

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia