Harian Metro

Torres lanjut kontrak

- AFP

 Kekal di La Peineta hingga hujung musim depan

Penyerang Fernando Torres akan kekal di Atletico Madrid hingga hujung musim depan selepas menandatan­gani konrak sambungan, umum kelab La Liga itu kelmarin.

Kontrak bekas pemain kebangsaan Sepanyol itu sudah berakhir namun dia kini akan kekal di Atletico hingga 30 Jun 2018.

Kelab ibu negara itu berdepan larangan pembelian pemain namun ia hujung musim yang berjaya setakat ini buat jurulatih Diego Simeone, selepas menyaksika­n penyerang utama Antoine Griezmann

(gambar)

menandatan­gani kontrak baru yang mengekalka­nnya di kelab itu hingga 2022.

“Saya amat gembira untuk terus menyambung satu tahun lagi bersama,” kata Torres dalam laman web kelab itu.

Torres menyertai akademi Atletico pada usia 11 tahun sebelum menjaringk­an 91 gol dalam 244 perlawanan buat pasukan senior dari 2001-2007.

Dia kembali menyertai kelab masa kecilnya dari Chelsea, yang mana dia menang kejuaraan Liga Juara-Juara 2012, pada 2015 secara pinjaman sebelum mengikat kontrak tetap pada musim panas lalu.

Pemain berusia 33 tahun itu meledak dua gol pada perlawanan terakhir Atletico di Vicente Calderon menentang Athletic Bilbao Mei lalu, menjelang perpindaha­n mereka ke stadium baru Estadio La Peineta bagi musim baru.

Torres turut meledak

38 gol buat Sepanyol, memenangi Euro 2008 apabila dia menjaringk­an gol tunggal kemenangan pada final menentang Jerman selain menjuarai Piala Dunia 2010. setahun namun kemudianny­a memutuskan untuk menjualnya selepas pemain itu enggan menerima tawaran mereka.

Hernandez beraksi 38 perlawanan buat Alaves secara pinjaman musim lalu apabila mereka layak ke final Piala Raja Sepanyol, yang mana dia menjaringk­an sepakan percuma kencang ketika kalah 1-3 kepada Barcelona.

Bapa pemain itu, Jean-Francois Hernandez juga seorang pemain bola sepak profesiona­l bersama Toulouse, Marseille dan Atletico, manakala abangnya Lucas Hernandez turut bermain dengan Atletico kendalian Diego Simeone. - AFP

 ??  ?? TORRES menyertai akademi Atletico pada usia 11 tahun.
TORRES menyertai akademi Atletico pada usia 11 tahun.
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia