Harian Metro

Tak boleh buat apa: Kim Swee

-

Kuala Lumpur: “Untuk berlaku adil, saya kena lepaskan pemain sedia ada balik ke pasukan masing-masing,” kata pengendali skuad bawah 22 tahun negara (B-22) Datuk Ong Kim Swee yang kini hanya memiliki dua pemain bersamanya dalam kem latihan pusat.

Empat pemain yang dilepaskan semula menyertai pasukan masing-masing semalam adalah Adam Nor Azlin dari Selangor, Irfan Zakaria (Kuala Lumpur), Amierul Hakimi Awang (Terengganu) dan Danial Amier Norhisham (FELDA).

Seorang lagi pemain Selangor Syahmi Safari dan Ahmad Khairil Anuar Zamri (Perak) kekal bersama Kim Swee bagi menjalani ujian pemulihan kerana mengalami kecederaan.

“Bila ada pasukan yang tak lepaskan pemain, saya tak boleh buat apa-apa dengan pemain yang datang laporkan diri. Bila ada pemain lain boleh bermain minggu ini (dengan pasukan masing-masing) dan ada yang tak main, jadi seperti tidak adil.

“Bagi saya ini bukan satu isu, saya sudah jangka ini bakal berlaku tapi saya kena berlaku adil kepada semua jurulatih yang hantar pemain bersama kami.

“Kami benarkan mereka bersama pasukan masing-masing

(gambar)

semula dan melaporkan diri selepas perlawanan pertengaha­n minggu depan,” katanya.

Pada sesi pertama latihan pusat kelmarin menyaksika­n 20 pemain dari T-Team, Perbadanan Kemajuan Negeri Perak (PKNP), Johor Darul Ta’zim (Johor DT) dan Johor DT II, FELCRA FC, Pulau Pinang, Kedah, Sarawak, Kelantan dan Pahang tidak melaporkan diri.

Alasan mereka tidak melepaskan pemain adalah kerana jadual padat membabitka­n saingan liga dan Piala Malaysia serta hanya akan melepaskan pemain ke kem latihan pusat itu secara berperingk­at.

Situasi itu menyukarka­n Kim Swee untuk membuat persiapan rapi berdepan aksi persahabat­an dengan Myanmar B-22 di Stadium Shah Alam pada 13 Julai sebelum mengharung­i saingan kelayakan Kejohanan Konfederas­i Bolasepak Asia (AFC) B-23 di Bangkok pada 19-23 Julai.

“Saya faham dengan situasi jurulatih yang berdepan jadual perlawanan padat. Saya cuma harapkan semua pemain ini dapat melaporkan diri pada 12 Julai ini. Biarpun mereka tiba sehari sebelum perlawanan dengan Myanmar, saya akan menggunaka­n dua skuad berbeza pada setiap separuh masa. Jika kita cukup pemain tidak ada masalah,” kata bekas jurulatih Harimau Malaya itu yang turut mempunyai misi besar di Sukan SEA Kuala Lumpur bulan depan.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia