Harian Metro

‘Bukan salah jadual padat!’

- Aziman Rosdi aziman@hmetro.com.my

Ketua Pegawai Eksekutif Perkongsia­n Liabiliti Terhad Bolasepak Malaysia (FMLLP) Kevin Ramalingam menegaskan tidak wajar jadual padat Liga Malaysia (Liga-M) bulan ini dijadikan punca masalah skuad bawah 22 tahun (B-22) tidak dapat mengumpul pemain.

Menurutnya, jadual Liga-M musim ini sudah disiapkan hujung tahun lalu dan kenapa baru sekarang mula dibangkitk­an pasukan terbabit.

“Kami sudah keluarkan jadual Liga Malaysia pada November dan perbincang­an diadakan dengan bekas jurulatih skuad bawah 22 tahun Frank Bernhardt dan Datuk Ong Kim Swee ketika itu sebagai jurulatih

(gambar)

skuad senior pada September dan Oktober.

“Kami sudah rancang dan teliti jadual liga secara bersama sebelum ini. Bila pertukaran jurulatih berlaku, isu ini dibangkitk­an, sepatutnya tidak boleh salahkan jadual liga.

“Semua pasukan juga sudah diberi jadual ini pada Disember tahun lalu, tapi sekarang tiba-tiba nak salahkan jadual liga. Kalau mereka mahukan sebarang perubahan, mereka perlu maklumkan dua, tiga bulan lalu, bukannya sekarang,” katanya kepada Arena Metro semalam.

Akhbar

ini melaporkan Kim Swee dalam situasi pening kepala apabila hanya enam daripada 26 pemain melaporkan diri ke kem latihan pusat skuad B-22 kelmarin.

Ini berikutan ada pasukan negeri dan kelab enggan melepaskan pemain dengan alasan jadual Liga Super, Liga Perdana dan Piala Malaysia yang padat bulan ini.

Skuad muda negara itu akan menentang Myanmar B-22 di Stadium Shah Alam, 13 Julai ini sebelum berangkat ke Bangkok bagi saingan Kelayakan Kejohanan Konfederas­i Bolasepak Asia (AFC) B-23 bermula 19-23 Julai.

“Setakat ini tiada pihak yang meminta secara rasmi FMLLP menyusun semula jadual bulan ini. Bagaimanap­un saya harap semua pasukan terbabit dapat membuat pertimbang­an membenarka­n pemain menyertai skuad bawah 22 tahun,” katanya.

 Kevin nafi masalah jadual jadi punca skuad B-22 tidak dapat dikumpulka­n

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia