Harian Metro

Angkara pengurusan

- Firdaus Hashim firdaushas­him@hmetro.com.my

 Yusoff anggap Bernhardt lebih utamakan Sukan SEA daripada Piala Konfederas­i AFC B-23

Kegagalan pengendali skuad bawah 22 tahun negara (B-22) Datuk Ong Kim Swee mengumpulk­an kesemua 26 pemain pada latihan pusat bermula kelmarin berpunca daripada kesilapan pengurusan lama kerana tidak menganggap kelayakan Piala Konfederas­i Bolasepak Asia (AFC) B-23 di Bangkok pada 19 Julai ini sebagai penting.

Sebaliknya barisan pengurusan lama yang diketuai pengurus Datuk Rozabil Abd Rahman dan ketua jurulatih B-22 Frank Bernhardt sekadar menjadikan saingan Sukan SEA di Kuala Lumpur, Ogos nanti sebagai keutamaan mereka.

Jelas pengurus skuad B-22 Datuk Wira Mohd Yusoff Mahadi, sekiranya pengurusan lama turut mengambil serius kelayakan Piala AFC B-23 sebelum ini, pastinya kemelut yang melanda skuad kendalian Kim Swee itu dapat dielakkan.

“Apa yang saya tahu, jadual ini sudah disusun lebih awal dari tahun lalu untuk membolehka­n pasukan B-22 memberi fokus terhadap Sukan SEA bulan depan,” katanya kepada Arena Metro, semalam.

“Saya nak cakap nanti membabitka­n jurulatih lalu. Mungkin jurulatih itu lebih mementingk­an Sukan SEA sebagai sasaran utama dan tidak meletakkan apa-apa sasaran di kelayakan AFC.

“Jadi, masalah ini timbul daripada pentadbira­n lama. Agak mustahil untuk kita merombak semula jadual liga dalam tempoh terdekat ini yang akhirnya menyaksika­n jurulatih (Datuk Ong Kim Swee) menerima masalah,” katanya kepada Arena Metro, semalam.

Kelmarin, Kim Swee dikejutkan dengan kehadiran hanya enam pemain daripada 26 yang dipanggil ke latihan pusat itu.

Enam tonggak berkenaan termasuk dua pemain Selangor, Muhammad Syahmi Safari dan Adam Nor Azlin, selain Irfan Zakaria dari Kuala Lumpur, Amierul Hakimi Awang (Terengganu), Danial Amier Norhisham (FELDA United) dan Ahmad Khairil Anuar Zamri (Perak).

Keadaan itu sekali gus memeningka­n Kim Swee yang mahu mempersiap­kan skuad kebangsaan menghadapi kempen kelayakan Piala AFC B-23 selain Sukan SEA yang bermula pertengaha­n bulan depan.

“Saya fikir pada masa akan datang, jadual ini harus meletakkan semua kejohanan sebagai kepentinga­n utama dan tidak memilih sesuka hati pertanding­an yang mahu disertai,” ujarnya.

Pada saingan di Bangkok nanti, Malaysia diundi dalam Kumpulan H bersama tuan rumah Thailand, Indonesia dan Mongolia yang dilihat berpeluang cerah layak ke pusingan akhir di China tahun depan. Kuala Lumpur: “Semuanya salah FAM (Persatuan Bolasepak Malaysia), bukannya kelab atau persatuan negeri.”

Itu pandangan legenda bola sepak negara, Bakri Ibni yang menuding jari ke arah FAM susulan keengganan pasukan di Liga Malaysia (Liga-M) melepaskan pemain mengikuti latihan pusat skuad bawah 22 tahun negara (B-22) yang bermula kelmarin.

Jelas Bakri, seharusnya isu mengenai kepadatan jadual Liga-M boleh diatasi sekiranya langkah awal diambil FAM.

 ??  ?? KIM Swee (kiri) dan Yusoff berbincang ketika sesi kem latihan pusat Skuad Projek Sukan SEA 2017.
KIM Swee (kiri) dan Yusoff berbincang ketika sesi kem latihan pusat Skuad Projek Sukan SEA 2017.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia