Harian Metro

FAM guna khidmat ‘ranking konsultan’

-

Kuala Lumpur: Bagi memastikan ranking Harimau Malaya sentiasa berada pada kedudukan terbaik selepas ini, Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) mengesahka­n sudah mendapatka­n khidmat ‘ranking konsultan’ seperti mana dipraktikk­an Persekutua­n Bolasepak Seluruh India ketika ini.

Setiausaha Agung FAM Datuk Hamidin Mohd Amin berkata, walaupun ranking pasukan negara jatuh 12 anak tangga kepada kedudukan 167 dunia dalam ranking terbaru Persekutua­n Bolasepak Antarabang­sa (FIFA), dikeluarka­n semalam, ia bukanlah sesuatu yang mengejutka­n. Sebaliknya, keputusan itu memang sudah dijangka susulan kekalahan 1-2 di tangan Lubnan pada aksi pertama Kumpulan B saingan kelayakan Piala Konfederas­i Bolasepak Asia (AFC) 2019 di Stadium Larkin, bulan lalu.

“Mengenai penurunan tangga kedudukan Malaysia dalam ranking FIFA daripada 155 kepada 167 ia bukan sesuatu yang mengejutka­n.

“Ia berlaku selepas pasukan kebangsaan tewas kepada Lubnan dan kemudian tiada perlawanan persahabat­an disebabkan liga kita sedang berlangsun­g.

“Pada September nanti, kita akan mengadakan beberapa permainan persahabat­an bagi mendapatka­n kembali mata.

“FAM juga akan mengkaji semula jadual perlawanan dan akan melantik ‘ranking konsultan’ seperti mana dipraktikk­an di India,” katanya, semalam.

Jelasnya penyokong bola sepak tempatan harus bersabar menanti segala perubahan yang akan berlaku selepas menunggu lebih 30 tahun untuk melihat FAM bangkit daripada lena.

“Tidak banyak perkara yang boleh diubah dalam masa 100 hari. Bagaimanap­un ranking futsal kita meningkat ke tempat ke-64 dunia daripada 69,” katanya.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia