Harian Metro

‘Tak gentar tapi teruja’

- Malik Muhamad sukan@hmetro.com.my

 Anak buah Irfan enggan hormat Johor DT

“Pemain kami tidak gentar berdepan Johor Darul Ta[zim (Johor DT) sebaliknya teruja kerana lawan bukan saja pasukan terkuat Liga Malaysia (Liga-M) ketika ini malah pernah menjulang Piala AFC,” kata pengendali Terengganu Irfan Bakti Abu Salim

(gambar kecil).

Beliau berkata, kejayaan mengikat naib juara Piala Malaysia musim lalu Selangor dengan keputusan 1-1, Selasa lalu menjadi tonik tambahan buat anak buahnya untuk mengejutka­n pendahulu Liga Super itu apabila kedua-dua pasukan bertemu dalam aksi Piala Malaysia di Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah, malam ini.

“Bukan mudah untuk kami mengatasi Johor DT biarpun beraksi di laman sendiri tapi saya sudah menyediaka­n taktikal bersesuaia­n termasuk membuat analisis melalui tayangan video.

“Selain itu, kami juga turut mendapat maklumat beberapa jurulatih berkaitan corak permainan Johor DT.

“Oleh itu, pemain skuad Penyu sudah bersedia untuk bermain biarpun rekod pertemuan pada 2016 menyebelah­i pasukan lawan.

“Bagaimanap­un, itu tidak bermakna kami akan menghormat­i Johor

DT yang juga pendahulu

Kumpulan D buat masa ini, sebaliknya pemain kami bertekad mahu menumbangk­an mereka sekali gus mengutip tiga mata di depan penyokong sendiri,” kata pengendali berusia 66 tahun itu.

Mengulas lanjut, Irfan percaya hasrat untuk menjinakka­n Johor DT bukan mustahil sekiranya semua pemainnya dapat menunjukka­n karakter sebenar masing-masing.

“Selain menuntut pemain memperaga aksi terbaik, saya juga harap penyokong tegar Terengganu dapat turun beramai-ramai ke stadium malam (esok) ini.

“Kehadiran mereka begitu berharga dan bakal menyemarak­kan semangat pemain untuk mengharung­i perlawanan penting ini,” katanya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia