Harian Metro

Percaya bukan niat Daler

- DARI MUKA 1

“Apa yang penting, cerita ini menghiburk­an dan mempunyai mesej dan pengajaran kepada penonton,” katanya.

Namun, Nelydia tidak cepat melatah dengan komen negatif netizen.

“Sebenarnya, insiden itu tidak disengajak­an kerana saya yang menekan brek motosikal secara mengejut.

“Saya juga percaya Daler juga tiada niat jahat atau cuba mengambil kesempatan pun.

“Maklumlah, saya juga baru kali pertama bawa motosikal dan fokus saya supaya kami tidak cedera ketika menjayakan babak itu,” katanya.

Oleh itu, kata Nelydia, dia berharap netizen tidak memperbesa­r-besarkan lagi isu membabitka­n video berkenaan.

“Pada mulanya, sebagai wanita saya berasa malu bila video itu tersebar tetapi Daler segera meminta maaf kepada saya dan netizen kerana kecuaianny­a. Dia turut memadam video terbabit di laman Instagram miliknya.

“Bagaimanap­un, kejadian sebegini boleh berlaku kepada sesiapa sahaja dan hanya kami berdua serta kru produksi yang tahu kejadian sebenar ketika itu,” katanya.

Tidak serik berganding­an

dengan Daler

Walaupun terpalit kontrovers­i, Nelydia bersyukur kerana drama terbaru lakonannya itu mendapat sambutan hangat penonton.

“Alhamdulil­lah, gandingan pertama saya dan Daler diterima penonton. Saya melakonkan watak utama iaitu Iman Amani.

“Saya juga tidak serik bekerjasam­a dengan Daler selepas ini kerana dia pelakon yang berbakat besar.

“Walaupun berdarah kacukan Uzbekistan, Daler berjaya menjiwai watak hero iaitu Ian Hadif dengan baik,” katanya.

Nelydia berkata, dia percaya, Daler yang juga model boleh pergi jauh dalam bidang lakonan.

“Sebagai bakat baru, Daler ikhlas mendalami ilmu lakonan dan mempunyai keperibadi­an yang baik serta menghormat­i kru produksi. Selain itu, kami bernaung di bawah pengurusan sama,” katanya.

Drama adaptasi novel karya Yumi Hyra dan arahan Hashim Rejab itu turut dibintangi Fikhree Bakar, Nadiyah Shahab, Ozlynn, Zila Bakarin dan Nor Albaniah.

Drama Encik Suami Mat Salleh Celup bersiaran setiap Jumaat, Sabtu dan Ahad jam 7 malam di Slot Dahlia TV3. -Ramlah Zainal

Nelydia berharap netizen tidak memperbesa­r-besarkan lagi isu video berkenaan

 ??  ??
 ??  ?? Maklumlah, saya juga baru kali pertama bawa motosikal dan fokus saya supaya kami tidak cedera ketika menjayakan babak itu
Maklumlah, saya juga baru kali pertama bawa motosikal dan fokus saya supaya kami tidak cedera ketika menjayakan babak itu

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia