Harian Metro

TAK PANTAU TAPI ADA BATASAN

-

“Pada masa sama, dia juga memiliki syarikat dan kumpulan penasihat yang akan memantau setiap apa yang dimuat naik. Apa yang boleh saya katakan, ia tanggungja­wabnya sebagai individu,” katanya.

Menurut penyanyi lagu Jodoh Berdua itu lagi, apabila sesuatu ‘posting’ sudah dimuat naik, dia sendiri perlu bersedia menerima sebarang kecaman.

“Dia sendiri perlu bersedia untuk terima sebarang kritikan, sama ada suka atau tidak. Saya bukan sengaja tidak mengendahk­an hal itu tetapi apabila terlalu ramai peminat yang menghantar mesej serta ‘tag’ nama saya di ruangan komen, saya memilih untuk tidak melayannya,” katanya.

Ditanya sama ada dia ada memberikan nasihat kepada isterinya supaya lebih berhati-hati, ini jawapan Hafiz.

“Sudah menjadi lumrah apabila berkahwin dengan selebriti, dia akan terkena tempias populariti. Jumlah pengikut dia di Instagram pun rasanya meningkat dengan mendadak.

“Apabila mula dikenali, akan ada yang suka kita dan sebaliknya. Saya tidak boleh ajar dia untuk berhati-hati atau apa kerana sebelum ini pun, hal sebegini pernah berlaku,” katanya.

Ditanya sama ada dia memantau laman Instagram isterinya, Hafiz meletakkan beberapa batasan.

“Ada beberapa batasan yang sudah kami persetujui. Saya tidak mengikutny­a di laman Instagram kerana tidak mahu masuk campur dalam hal perniagaan­nya. Lagipun, kebanyakan apa yang dikongsiny­a di laman itu adalah mengenai wanita, solekan dan perniagaan­nya,” katanya.

Secara ringkas,

Hafiz juga menegaskan isterinya juga dalam proses pembelajar­an.

“Saya tidak tujukan kepada sesiapa tetapi secara umum untuk semua, isteri saya dan diri sendiri. Kadang-kadang, ada benda yang kita rasakan kecil, tetapi sebenarnya benda yang besar di mata orang lain.

“Kita rasakan ia remeh di sudut agama tetapi ada istilah yang kita sendiri tidak tahu. Isteri saya sendiri masih dalam proses pembelajar­an dan mungkin ada benda yang dia tidak tahu,” katanya.

Sementara itu, Joy pula ketika dihubungi menganggap itu kesilapann­ya.

“Silap saya apabila berkongsi gambar penuh daripada sesi fotografi itu. Gambar itu sebelum ini pernah digunakan dalam papan iklan syarikat, namun hanya di bahagian atas dada.

“Saya tidak mahu hal sebegini memberikan kesan kepada rumah tangga dan lebih berhatihat­i dalam memuat naik gambar serta menutup ruangan komen,” katanya.

Dia juga memohon netizen mendoakan kesejahter­aan rumah tangganya.

“Saya mohon agar semua mendoakan kesejahter­aan rumah tangga kami. Setiap yang berlaku ini, saya anggap sebagai ujian dan ada hikmahnya,” katanya.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia