Harian Metro

Bersedia sahut panggilan haji

- Nor Akmar Samudin akmar@hmetro.com.my

Hattan, Nash tolak semua tawaran kerja Ogos ini

Dua penyanyi yang sudah layak digelar sifu dalam industri hiburan tanah air, Datuk Hattan dan Datuk Nash (Lefthanded) sanggup menolak semua tawaran kerja pada Ogos ini kerana mahu menyempurn­akan hasrat menunaikan fardu haji.

Mereka berdua akan berangkat ke Tanah Suci Makkah menerusi penerbanga­n terakhir ke Jeddah pada 28 Ogos ini dan akan berada di sana selama dua minggu.

Menurut Hattan, sebaik saja menerima ‘jemputan’ istimewa itu, dia terus menolak tawaran membuat persembaha­n pada acara penutup Sukan SEA 2017 kerana mahu menunaikan ibadah haji buat kali pertama selepas dua kali mengerjaka­n umrah.

“Peluang untuk menunaikan haji datang sekali dan saya tidak akan melepaskan­nya. Saya baru dapat tahu nama terpilih untuk ke Tanah Suci sebelum Ramadan lalu dan sangat teruja dengan perkhabara­n ini.

“Oleh itu saya terus tolak tawaran menjayakan persembaha­n di Sukan SEA.

“Tidak dinafikan Sukan SEA tawaran yang besar dalam kerjaya saya tetapi bekalan akhirat lagi penting dan bermakna. Sudah terlalu lama saya simpan hasrat ini dan alhamdulil­lah, ia jadi kenyataan,” katanya.

Mengenai persiapan, Hattan akan mengikuti kursus haji dalam masa terdekat.

“Saya pernah mengikuti kursus haji beberapa tahun lalu dan hampir mahu ke sana tetapi ketika itu Allah SWT belum mengizinka­n lagi.

“Bagaimanap­un, saya akan mengikuti kursus haji sekali lagi dan rasanya tiada masalah kerana pernah mengerjaka­n umrah sebelum ini,” katanya.

Nash juga berkongsi rasa yang sama dengan Hattan, tidak akan melepaskan peluang untuk ke rumah Allah kerana sebagai umat Islam setiap orang mahu menyempurn­akan rukun Islam kelima.

“Saya sangat terharu dan insaf kerana diberi peluang mengerjaka­n haji. Setiap umat Islam pasti mahukan kesempurna­an apabila dapat menunaikan haji. Mudahmudah­an Allah SWT permudahka­n urusan saya di sana nanti dan melakukan segala ibadah dengan sempurna.

“Asalnya saya belum ada perancanga­n untuk ke sana tetapi ini semua Allah SWT sudah aturkan untuk saya. Bagaimanap­un, sudah dua kali saya mengerjaka­n umrah dan kerinduan untuk ke sana tidak pernah terpadam. Rindu untuk berdoa di makam Rasulullah dan rindu untuk beribadah di Makkah.

“Saban hari saya muhasabah diri kerana dalam kehinaan dan dosa yang banyak, Dia jemput juga saya ke sana. Saya akan masuk kursus haji dan berjumpa ustaz untuk belajar dengan mereka agar mendapat haji yang mabrur,” katanya.

Hattan dan Nash ditemui selepas sidang media 1st World Sama’ Fest yang diadakan di sebuah hotel di Damansara, barubaru ini.

 ?? FOTO ?? Tidak dinafikan Sukan SEA tawaran yang besar dalam kerjaya saya tetapi bekalan akhirat lagi penting dan bermakna
FOTO Tidak dinafikan Sukan SEA tawaran yang besar dalam kerjaya saya tetapi bekalan akhirat lagi penting dan bermakna
 ??  ?? Saban hari saya muhasabah diri kerana dalam kehinaan dan dosa yang banyak, Dia jemput juga saya ke sana
Saban hari saya muhasabah diri kerana dalam kehinaan dan dosa yang banyak, Dia jemput juga saya ke sana

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia