Harian Metro

Mak Cun paling laris

- Syanty Octavia Amry soctavia@hmetro.com.my

Dapat tontonan

11 juta sepanjang bersiaran manakala

10 juta bagi drama Andainya

Takdir

Dua drama terbitan TV3 sekali lagi mencapai lebih 10 juta tontonan sebelum Syawal.

Fenomena Mak Cun sudah menamatkan musim ketiganya pada 14 Jun lalu dengan tontonan sebanyak 11 juta sepanjang ia bersiaran.

Manakala drama Andainya Takdir untuk slot Samarinda yang melabuhkan tirainya pada 22 Jun lalu meraih tontonan 10 juta sepanjang tayangan.

Pencapaian itu sekali gus meletakkan slot Samarinda sebagai penanda aras rating tertinggi dalam slot drama jam 10 malam seluruh tanah air.

Drama bersiri Mak Cun musim ketiga meraih 11 juta penonton bagi keseluruha­n 21 episod. Mak Cun musim ketiga ini juga mencapai tontonan sebanyak tiga juta pada episod terakhirny­a.

Pengarah Mak Cun 3, Bade Hj Azmi berkata, drama bersiri Mak

Cun tetap meneruskan fenomenany­a kerana turut menaikkan nama Kedah.

“Jalan cerita yang ditampilka­n sentiasa membuktika­n masyarakat luar bandar juga mampu berjaya jika mengikut saluran yang betul.

“Kami percaya drama ini tetap relevan dengan nilai masyarakat­nya yang tinggi. Diharap peminat terus menyokong drama Mak Cun,” katanya.

Andainya Takdir pula menjadi bualan hangat di media sosial sejak episod pertama ditayangka­n dan meraih jumlah 3.5 juta tontonan pada episod terakhir.

Drama ini juga turut trending satu dunia di laman sosial Twitter sepanjang 16 episod bersiaran.

Pengarahny­a, Along Kamaludin berkata, pihak produksi amat bersyukur kerana penonton memberi sokongan padu terhadap drama ini.

“Kami percaya kejayaan drama ini kerana nilai murni yang diterapkan bertepatan Ramadan iaitu kesabaran, kasih sayang, kekeluarga­an dan kehidupan masyarakat majmuk.

“Kami juga berterima kasih kepada semua pihak yang terbabit, baik di hadapan mahupun di belakang tabir.

“Pelakon sudahpun memberikan komitmen terbaik sehingga setiap babak yang sukar menjadi mudah dan lancar,” katanya.

 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia