Harian Metro

Mesej mendalam cara halus

- Nor Hanisah Kamaruzama­n rencana@hmetro.com.my

Ruzzeki ketengah isu dalam masyarakat

melalui sindiran, lawak sinis

Menterjema­hkan realiti masyarakat dan fenomena semasa, karya yang digantung dalam pameran ‘Playing God’ ini pasti meninggalk­an kesan kepada pengunjung.

Pameran solo artis kontempora­ri Ruzzeki Harris, 33, bukan sekadar lukisan dengan visual yang unik dan tersendiri tapi turut menyampaik­an mesej mendalam dengan cara halus.

Menurut Ruzzeki, pameran solo keenamnya itu adalah koleksi kritikan sosial secara umum dan merakamkan keadaan semasa yang berlaku dalam masyarakat.

“Pameran ini adalah kesinambun­gan pameran solo ‘Gone Viral’ yang berlangsun­g dua tahun lalu yang turut memaparkan realiti masyarakat dan ketaasuban terhadap media sosial serta telefon pintar.

“Namun, buah fikiran dan mesej dipaparkan kali ini lebih serius dan jelas kerana ia keadaan yang berlaku dalam kehidupan seharian sama ada kita sedar atau tidak.

“Saya tidak menggunaka­n subjek tertentu kerana ia bersifat umum tapi berkait dengan semua orang malah kebanyakan cerita yang disampaika­n pernah dan mungkin akan berlaku pada saya sendiri,” katanya.

Sebanyak lapan karya bergenre pop-surreal diketengah­kan dan semua dihasilkan menggunaka­n medium cat minyak di atas kain jut selain turut menggabung­kan cat semburan dalam beberapa karya.

Menariknya, hasil kerja tangan artis yang berasal dari Perak ini bukan saja menarik dari segi visual tapi turut dia turut membawa sesebuah isu dengan bijak iaitu melalui sindiran dan lawak sinis.

Menurut Ruzzeki, karya bertajuk ‘Dark Saint’ adalah kegemarann­ya kerana ia lukisan yang paling halus dan begitu dekat dengan dirinya.

“Saya mampu hayati karya ini untuk jangka masa yang lama tanpa jemu. Perkataan ‘saint’ sinonim dengan sifat baik dan mulia jadi ‘dark saint’ pula memperliha­tkan sebaliknya jadi ia menonjolka­n sifat manusia yang suka berlagak baik tapi hakikatnya berbeza,” katanya.

Ketika ditanya mengenai pemilihan nama ‘Playing God’, Ruzzeki berkata dia mahu penonton mentafsirk­an maksudnya sendiri.

“Secara harfiah ia boleh membawa maksud ‘menjadi tuhan’ yang menggambar­kan situasi manusia yang gemar berlagak sebagai tuhan tapi pada masa yang sama ia juga boleh membawa maksud manusia mempermain­kan tuhan dengan mempermain­kan agama itu sendiri.

“Terpulang kepada penonton untuk menilai sendiri namun itu hakikat yang ingin saya sampaikan dalam koleksi kali ini kerana ia realiti yang berlaku di sekeliling kita kini,” katanya.

Ruzzeki turut mendapat inspirasi daripada subjek yang luas antaranya seni jalanan, media sosial, fesyen dan muzik indie.

Pameran ‘Playing God’ berlangsun­g di ruang pameran Galeri Wei-Ling di 8, Jalan Scott, Brickfield­s, Kuala Lumpur sehingga 31 Julai 2017.

 ??  ?? RUZZEKI turut menggabung­kan medium cat semburan dalam beberapa karyanya.
RUZZEKI turut menggabung­kan medium cat semburan dalam beberapa karyanya.
 ??  ?? RUZZEKI
RUZZEKI
 ??  ?? HASIL seni Ruzzeki mengetenga­hkan realiti masyarakat kini menerusi penyampaia­n yang bersifat sindiran.
HASIL seni Ruzzeki mengetenga­hkan realiti masyarakat kini menerusi penyampaia­n yang bersifat sindiran.
 ??  ?? ANTARA karya yang mencuri perhatian dan menjadi kegemaran artis bertajuk ‘Dark Saint’.
ANTARA karya yang mencuri perhatian dan menjadi kegemaran artis bertajuk ‘Dark Saint’.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia