Harian Metro

Pandu sendiri di Kangaroo Island

- Suliati Asri suliati@hmetro.com.my

Rangkumi jajaran jalan raya sejauh 1,600km beri pengalaman indah sepanjang kembara

Memilih bercuti dengan memandu sendiri pasti menyajikan pengalaman yang unik dan mempesona.

Ia termasuk jika berkunjung ke Australia Selatan apabila meneroka dengan kenderaan sendiri di Kangaroo Island yang menawarkan 1,001 keindahan alam dan pengalaman tidak tergambar dengan kata-kata.

Ia merangkumi jajaran jalan raya sejauh 1,600 kilometer (km) merentasi bandar utama di pulau yang indah ini. Kebanyakan jalan utamanya bersambung terutama yang menghubung­kan Penneshaw, Amerika River, Parndana, Flinders Chase dan Kingscote.

Menelusuri laluan di sepanjang jalan Kangaroo Island, anda akan menemui pantai yang terpencil, hidupan liar dan formasi batuan unik. Sediakan juga khemah untuk bermalam dan tidur sambil dibuai deruan ombak menghempas pantai bagi memperoleh ketenangan jiwa.

Kingscote adalah bandar terbesar di Kangaroo Island dan ia adalah titik terbaik untuk memulakan pengembara­an.

Lapangan terbang juga hanya 13 kilometer (km) dari bandar ini.

Memandu ke utara dari Kingscote sepanjang North Coast Road menuju ke Emu Bay pula memberikan keterujaan tersendiri. Hanya 18km dari Kingscote, Emu Bay menawarkan pengalaman bertemu hidupan liar, berenang dengan ikan lumba-lumba, memancing atau bersiar-siar.

Jika anda memandu kenderaan pacuan empat roda (4WD) di sepanjang pantai sememangny­a cukup mengujakan. Jika tidak, anda boleh mengambil pakej lawatan 4WD yang ditawarkan.

Meluangkan masa sekurang-kurangnya sehari melawat Taman Negara Flinders Chase yang mengambil masa kira-kira sejam setengah pemanduan dari Kingscote nyata berbaloi.

Untuk sampai ke Flinders Chase ini, anda perlu mengikuti Lebuhraya Playford kemudian membelok ke West End Highway di Gosse.

Semasa berada di taman negara ini, melihat batu-batuan luar biasa iaitu formasi batuan yang diukir secara semula jadi oleh angin di atas kubah granit juga antara tarikan utama.

Keunikan Admirals Arch yang disaksikan di sini juga membuatkan anda terpegun akan apa yang disajikan di depan mata.

Di luar Taman negara Flinders Chase pula terdapat Koala Avenue apabila anda boleh bersiar-siar di sepanjang trek disediakan dengan dipenuhi pokok getah yang tinggi sambil melihat koala di habitat semula jadinya.

Teruskan pemanduan ke South Coast Road dan berhenti di Kelly Hill Caves untuk menikmati keindahan hutan belukar asli dan menempatka­n sebuah gua yang mempesonak­an.

Sertai salah satu lawatan berpandu yang ditawarkan bagi melihat sendiri keunikan dan keindahan stalagmit, stalaktit, heliktit dan jerami yang mengagumka­n.

Sepanjang bahagian timur South Coast Road ialah Vivonne Bay. Vivonne Bay pernah dipilih sebagai salah satu pantai terbaik di Australia. Dengan pantai yang panjang, pasir putih dan air laut membiru menjadikan ia lokasi yang tepat untuk berehat.

Berada di sini, pandu terus ke Taman Pemulihara­an Seal Bay. Anda boleh melakukan lawatan berpandu dan melihat singa laut Australia berdekatan pantai.

Berjalan sepanjang

800 meter dengan lawatan berpandu akan membawa anda ke platform khas untuk melihat singa laut dari dekat.

Selesai di Seal Bay, kembali ke arah Kingscote dalam jarak kira-kira sejam memandu. Terus ke timur laut di sepanjang South

Coast Road yang akhirnya ke Birchmore Road dan Playford Highway.

Namun, sebelum anda pergi, pastikan berhenti di Little Sahara Desert berdekatan. Parkir kereta anda dan berjalan di sepanjang bukit pasir yang putih pasti meninggalk­an kenangan indah.

Pemanduan sejauh

60km dari Kongscote pula akan membawa anda ke Penneshaw yang juga tempat terletakny­a pelabuhan SeaLink Ferry.

Untuk sampai ke Penneshaw dari Kingscote ini, ikut Lebuhraya Playford, kemudian belok kiri di Arramore Road. Terus memandu di Arramore Road dan Hog Bay Road.

Anda akan melalui American River. Di sini, anda boleh menyertai aktiviti memancing atau menyewa bot untuk sehari. Anda juga boleh mendapatka­n tiram Kangaroo Island semasa berada di American River.

Hanya 18km keluar dari Penneshaw melalui Hog Bay Road, berhenti di Pennington Bay dan mendaki 550 langkah ke puncak bukit bagi melihat pemandanga­n indah yang hebat nyata tidak sia-sia.

Jika anda menginap di Penneshaw, lawatan ke Penneshaw Penguin Centre dan menyaksika­n sendiri gelagat comel si Penguin pada waktu malam cukup menghiburk­an.

* Artikel ini dibawakan kepada anda oleh Tourism Australia, South Australia Tourism Commission dan

Malaysia Airlines.

 ??  ??
 ??  ?? DEKATI hidupan liar di dalam habitat semula jadinya di Taman Negara Flinders Chase.
DEKATI hidupan liar di dalam habitat semula jadinya di Taman Negara Flinders Chase.
 ??  ?? BERJALAN di pesisir pantai sambil melihat singa laut di Seal Bay.
BERJALAN di pesisir pantai sambil melihat singa laut di Seal Bay.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia