Harian Metro

KEJAR PENCURI dapat jodoh

- Intan Mas Ayu Shahimi imas@hmetro.com.my

Semuanya bermula dengan kejadian curi lori milik jiran dua tahun lalu. Mohd Hanizam Nasruddin bertindak spontan, cuba mengejar pencuri. Tanpa sedar, dia dan Nor Hayatul Syarmila Ibrahim bercerita panjang mengenai kejadian.

Sekalipun pencuri yang dikejar lolos, teruna kelahiran Selangor ini tetap tersenyum lebar kerana sempat bertukar nombor telefon dan berkenalan dengan gadis yang tinggal di tingkat atas rumahnya.

“Sejak perkenalan itu, kami memang kerap mengusik antara satu sama lain. Diam-diam, hati makin terpaut padanya. Dua perkara yang membuatkan saya terpikat adalah kecomelan dan keunikan dirinya.

“Alhamdulil­lah, mujur juga dia menyimpan perasaan yang sama.

Hampir dua tahun juga kami belajar mengenal hati budi masing-masing sebelum saya melamarnya dengan iPhone 6,” katanya dalam tawa.

Bersyukur semuanya lancar, Mohd Hanizam dan Nor Hayatul mengikat tali pertunanga­n dalam satu majlis ringkas di Rembau, Negeri Sembilan pada Ogos lalu.

Tempoh enam bulan diambil untuk membuat persiapan rapi memandangk­an kenduri di sebelah pengantin perempuan dilakukan mengikut tradisi Melayu.

“Kami bernikah di Masjid Felda Chini 5 pada 18 Mac lalu dan bersanding di rumah keluarga isteri di Felda Chini 3 pada hari berikutnya. Majlis berlangsun­g penuh makna dengan bantuan saudara serta jiran tetangga.

“Majlis bertandang pula berlangsun­g dengan tema Inggeris di Dewan Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA), Bukit Jelutong. Kalau di rumah perempuan mengenakan persalinan songket biru diraja, di Shah Alam saya menyarung sut lengkap dan isteri anggun dengan gaun kembang,” katanya.

Santapan enak disediakan Zarlith

Catering, sementara khidmat jurugambar oleh Saiful Hamdi Roslan dan Wan Zulkefly daripada ShotDStyle Photograph­y.

Pasangan pengantin sama cantik sama padan itu mengharapk­an hubungan dibina berkekalan selamanya dan dapat mengharung­i suka duka kehidupan bersama-sama.

 ??  ??
 ??  ??
 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia