Harian Metro

CINTAI ALLAH JIKA MAHU DISAYANGI

- Intan Mas Ayu Shahimi imas@hmetro.com.my

Kasih sayang itu fitrah. Ia ada dalam diri setiap manusia. Namun berapa ramai antara kita hari ini mempersoal­kan sikap pasangan dalam berkasih sayang.

Suami cemburukan perhatian isteri pada anak, isteri cemburukan perhatian suami pada ibunya dan begitulah seterusnya. Aneh apabila kita sebenarnya tidak memahami erti sebenar kasih sayang.

Pendakwah bebas, Datuk Mohd Zawawi

Yusoh berkata, kasih sayang adalah anugerah dan pemberian Allah SWT kepada setiap hamba-Nya.

“Sesiapa yang menyayangi Allah

SWT, barulah mereka berupaya menyayangi orang lain. Bayangkan bagaimana Rasulullah

SAW yang datang dari zaman peperangan dan perpecahan, baginda mengikat perpaduan umat dengan kasih sayang.

“Ia umpama mengikat kayu, kita perlukan paku, mengikat batu memerlukan simen, manakala hati pula diikat dengan iman kepada Allah SWT.

“Sebab itulah dikatakan apabila kita mencintai Pencipta, barulah kita boleh mencintai manusia. Islam itu cintanya dari atas, turun ke bawah. Malah apabila Allah SWT hendak menceritak­an sesuatu (di dalam alQuran), Dia bermula dengan kasih sayang (ungkapan Bismillah),” katanya.

Menurut Zawawi adalah lumrah apabila suami atau isteri berbahagi tanggungja­wab dan perhatian dalam melahirkan kasih sayang.

“Tidak kira isteri atau suami, jika mereka mahu disayangi, suruhlah pasangan menyayangi Allah SWT. Cinta itu boleh diterjemah dalam pelbagai sudut. Tanggungja­wab kepada isteri dan anak adalah salah satu daripadany­a.

“Suami mungkin boleh mengungkap sayang, tetapi sebaik-baiknya ia dizahirkan menerusi sikap dan tanggungja­wab. Lihat berapa ramai ibu bapa yang masih gigih bekerja untuk kesenangan keluarga dan itulah tanggungja­wab. Mereka sanggup bersusahpa­yah kerana orang tersayang.

“Begitu halnya dengan kebanyakan suami hari ini. Mereka bekerja untuk memenuhi tanggungja­wab. Apabila tanggungja­wab dilunaskan dengan baik, maka secara automatik kita akan memperoleh hak untuk disayangi,” katanya.

Menghurai erti rumah tangga yang sebenar, Zawawi mencadangk­an supaya pasangan suami isteri membuat gambaran menggunaka­n dua perkataan Inggeris, ‘house’ dan ‘home’.

“House’ adalah rumah tangga yang dibina dengan kayu, batu dan simen. Ia aman untuk diduduki namun kosong di dalamnya. Tetapi

‘home’ adalah rumah yang dibina dengan tanggungja­wab, kasih sayang, rasa menghargai dan memuliakan.

“Rumah tangga akan hilang seri apabila hilangnya kasih sayang. Ia tidak boleh dibuang, malah menyatu dalam hubungan.

“Begitupun, semua perlu sedar bahawa kasih sayang perlu dibina dan dibaja dengan senyuman, sapaan, hadiah dan ziarah. Ini semua diajar Rasulullah SAW, hanya orang kita saja yang tidak mempraktik­kannya.

“Satu lagi perkara yang perlu kita semat dalam ingatan adalah, cinta itu memberi dan bukan menerima. Jika mahu bahagia dengan pasangan, lebihkanla­h memberi kerana orang yang memberi jugalah yang akan lebih bahagia dan seronok,” katanya.

Tambah Zawawi, suami tidak seharusnya cemburu apabila isteri melebihkan anak-anak kerana zuriat yang lahir itu datangnya dari rahim orang yang disayangi.

“Rahim itu nama Allah SWT yang bermaksud penyayang. Jadi suami harus faham bahawa isteri sibuk menjaga anak. Anak itu pula bukan milik seorang.

“Sebaliknya isteri juga tidak boleh leka. Kenali punca kerenggang­an dalam rumah tangga sebelum ia melarat,” katanya.

Apabila tanggungja­wab dilunaskan dengan baik maka secara automatik kita akan memperoleh hak untuk disayangi

 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia