Harian Metro

Miliki koleksi Hello Kitty terbanyak

- Susunan Norlaila Hamima Jamaluddin laila@hmetro.com.my

Kecomelan anak patung Hello Kitty memang tidak pernah gagal mencuri perhatian ramai orang termasuk golongan dewasa yang sanggup membelanja­kan ribuan ringgit untuk menjadikan­nya koleksi peribadi.

Tidak hairanlah jika anggota polis yang lazimnya mempunyai karakter tegas dan tangkas turut meminatiny­a. Inilah yang dilakukan pesara polis, Masao Gunji, 67, apabila namanya diiktiraf kerana mempunyai koleksi Hello Kitty terbanyak di dunia.

Uniknya, Masao adalah seorang lelaki! Koleksi anak patung berwajah bulat Masao itu dianggarka­n bernilai jutaan ringgit dan tidak hairanlah jika ia sering dicemburui oleh kanakkanak perempuan yang meminati watak Hello Kitty.

Karakter dan minat Masao sangat berbeza. Jika bekerja dulu Masao banyak menghabisk­an masanya mengintip dan menangkap penjenayah tetapi kini Masao mengisi waktu terluang selepas pencen dengan menjejak anak patung lembut merah jambu putih itu untuk ditempatka­n dalam rumah Hello Kitty.

Ternyata hobi Masao itu tidak sia-sia kerana rumah bertema Hello Kitty berkenaan sentiasa menjadi perhatian pelancong.

“Kitty sudah menjadi ‘buah hati’ saya. Saya sukakannya dan rasa gembira melihat ekspresi wajahnya,” katanya ketika ditemui di rumah Hello Kitty yang dibina di kawasan perumahan di Yotsukaido di wilayah Chiba.

Menyusur sejarahnya, usia Hello Kitty yang menjadi ikon comel Jepun sudah mencecah 43 tahun. Ia mula diperkenal­kan pada 1974 dan kini menjadi ‘harta’ dagangan eksport paling terkenal Jepun yang merangkumi pelbagai barangan daripada bekas pensel hinggalah baju tidur.

Untuk memberi kejutan kepada peminatnya, pada 2014, syarikat pemilik jenama Hello Kitty, Sanrio mengumumka­n karakter comel itu bukanlah seekor kucing seperti yang disangkaka­n selama ini tetapi ‘seorang kanak-kanak perempuan yang ceria’.

Pengumuman itu bagaimanap­un mencetuska­n perbincang­an hangat dalam kalangan netizen sama ada peminat atau bukan yang mempertika­ikan kebenarann­ya kerana si gadis ceria itu mempunyai misai kucing!

Walaupun Masao tidak tinggal di rumah comel itu, pada November tahun lalu Guinness World Records mengiktira­f dia mempunyai koleksi Hello Kitty terbesar di dunia selepas membelanja­kan kira-kira 30 juta yen (hampir RM1.2 juta) termasuk kos membina rumah berkenaan.

Siapa yang tidak tertarik melihat lebih 5,000 barangan Hello Kitty milik Masao itu yang berjaya menewaskan pemegang rekod Hello Kitty terdahulu, juga seorang warga Jepun.

Isteri Masao, Yoshiko mengakui dia turut memberi sokongan terhadap minat suaminya itu.

“Saya tidak kisah berapa banyak pun yang dia belanjakan untuk membeli Hello Kitty.

Sebagai manusia, kita perlu membuat satu tanda di dunia ini dan Hello Kitty menjadi sasaran suami saya.

“Ini adalah impiannya,” katanya.

 ??  ??
 ??  ?? 1. MASAO menunjukka­n koleksi Hello Kitty kesayangan­nya kepada jiran.
2. DULU memberkas penjenayah, kini Masao menjejak si comel Kitty.
3. RUMAH merah jambu yang dibina khas untuk anak patung Hello Kitty.
4. MASAO bangga diiktiraf mempunyai koleksi...
1. MASAO menunjukka­n koleksi Hello Kitty kesayangan­nya kepada jiran. 2. DULU memberkas penjenayah, kini Masao menjejak si comel Kitty. 3. RUMAH merah jambu yang dibina khas untuk anak patung Hello Kitty. 4. MASAO bangga diiktiraf mempunyai koleksi...

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia