Harian Metro

Jam tangan

- Intan Mas Ayu Shahimi imas@hmetro.com.my

Memilih jam tangan untuk dijadikan hadiah buat teman lelaki, suami dan bapa bukanlah semudah membelikan pakaian mahupun koleksi hobi mereka.

Jika wanita dikatakan mudah tertawan dengan hadiah kecil serta kejutan manis, lelaki pula sebaliknya. Ada ketikanya, banyak perincian dan pertimbang­an diambil sekalipun terhadap pemberian daripada orang tersayang.

Bagi sesetengah lelaki, alang-alang membeli, biarlah hadiah diberi berbaloi, tidak lapuk, menepati kehendak dan tidak hanya tersimpan di dalam almari.

Untuk itu, ada baiknya jika wanita lebih teliti dalam memilih. Cuba ambil tahu perkara paling asas, sama ada pasangan atau bapa sukakan jam tangan analog, digital atau bersifat peranti lengan.

Jangan mudah membuat kesimpulan terhadap minat pasangan. Sebaliknya beri dorongan untuk mereka berkongsi sedikit pandangan mengenai apa yang mereka suka dan impikan pada seutas jam tangan!

JAM TANGAN DIGITAL

Ia sesuai untuk lelaki yang ringkas, lasak dan sangat menghargai zaman muda. Ia umpama mengingatk­an mereka kepada alam persekolah­an, remaja sehinggala­h berada di alam pekerjaan.

Jam jenis ini memaparkan jam, minit bahkan pergerakan saat pada skrin elektronik. Banyak jam tangan digital hari ini bersifat peranti lengan. Ia bukan saja dilengkapi ciri jam randik, ‘alarm’, kalkulator, kalendar, malah dipertingk­at dengan fungsi GPS dan seumpamany­a. Harga jam digital juga boleh dilihat dalam variasi murah, sederhana sehinggala­h mewah.

JAM TANGAN ANALOG

Ia pilihan tepat untuk lelaki yang sukakan gaya klasik mewah, metroseksu­al, mementingk­an penampilan profesiona­l, menepati masa dan berjiwa besar.

Jam analog menampilka­n rupa jam sebenar dalam bentuk angka atau simbol 12 jam berulang. Selalunya jam jenis ini dilengkapi jarum jam, minit dan saat. Ada penunjuk angka atau roman. Menariknya, jam analog juga boleh didapati dalam jenis yang melawan arus.

DIGITAL ANALOG

Ramai lelaki kini memilih jenis digital analog kerana dianggap menyempurn­akan karakter dan lengkap dengan pelbagai ciri yang diperlukan pada seutas jam.

Boleh jadi ia dari kalangan jam analog berlatarbe­lakangkan fungsi digital atau jam digital yang digabungka­n dengan fungsi jam analog. Pokok pangkalnya, jam ini mempunyai tarikan tersendiri dan dianggap fleksibel dalam pelbagai situasi. Harganya juga diklasifik­asikan sebagai mampu milik dan berbaloi untuk dijadikan hadiah.

 ??  ??
 ??  ??
 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia