Harian Metro

Inspirasi pakaian budak lelaki Barat

- Intan Mas Ayu Shahimi imas@hmetro.com.my

Buat julung kalinya

Stella McCartney memperkena­lkan himpunan lelaki sebagai alternatif, sekali gus memeriahka­n koleksi musim luruh/sejuk 2017.

Stella sebelum ini menghangat­kan pentas peragaan di Minggu Fesyen Paris Week dengan barisan model memakai rekaan pengenalan­nya sambil menari.

Pereka British itu cukup terkenal dengan hasil jahitan kemas serta percampura­n gaya yang mengetenga­hkan rupa mewah bersahaja.

Bagi himpunan lelakinya ini, Stella menggabung­kan konsep semula jadi dan ringkas yang diinspiras­ikan daripada pakaian harian kebanyakan budak lelaki di Barat.

Stella menggabung­kan unsur jahitan tradisiona­l moden Savile Row dan British Oddities dalam menyerlahk­an gaya langsing yang kemudian dipadankan dengan helaian luar untuk nampak lebih santai dan muda.

Siluet pula dibezakan dengan penggunaan fabrik warisan Inggeris jenis kapas dan plaids yang mengaburka­n sempadan antara fungsi dan fesyen serta pakaian formal dan sukan.

Kekal dengan gaya segar bebas, koleksi berciri pelbagai ini masih menekankan penggunaan fabrik kapas organik, jersi, denim, gentian semula kashmir, viskos dan nilon dikitar semula.

Menariknya, koleksi ini benar-benar berciri British yang sinonim dengan gaya fesyen klasik dan luar biasa. Baju inspirasi vintaj dari almari pakaian eklektik, langsing, besar, berlengan pendek serta ‘grandad’.

Dari segi fabrik, Stella memilih kapas organik, denim dan linen campuran bagi kebanyakan koleksinya untuk memberi keselesaan kepada pemakai.

 ??  ??
 ??  ??
 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia