Harian Metro

Sempurnaka­n penampilan bersut

- DARI MUKA 20

Sebaik-baiknya, pilih aksesori bersesuaia­n dengan majlis, keraian dan tempat yang hendak dikunjungi. Berikut lima aksesori Bon Zainal paling ideal untuk menyempurn­akan penampilan lengkap bersut.

TALI LEHER

Lelaki memang cukup sinonim dengan tali leher. Seawal usia sekolah rendah tali leher ‘segera’ sudah diperkenal­kan. Di kolej dan universiti, tali leher dipakai untuk majlis rasmi. Namun apabila tiba di peringkat membina kerjaya, tali leher seakan-akan terikat mati dengan kemeja. Jika tidak biru, mungkin hitam dan kelabu.

Jarang sekali ada lelaki yang bertukar corak tali leher setiap bulan sebagaiman­a wanita dengan tudung. Mungkin ramai berpendapa­t pemakaian tali leher hanya untuk tampil kemas bergaya di pejabat. Sebenarnya, tali leher adalah padanan paling secocok untuk melengkapk­an penampilan bersut. Pilih motif songket dengan potongan ringkas untuk menghadiri majlis formal. Lelaki berusia masih boleh bergaya dengan tali leher bermotif asalkan memilih potongan bersesuaia­n.

TALI BOW

Membayangk­an reben di leher saja buat ramai lelaki gerun untuk memilih aksesori yang satu ini. Kemungkina­n besar ia janggal kerana pemakaiann­ya sinonim dengan penampilan orang Barat, acara karpet merah, majlis anugerah atau golongan berada.

Usah terikat dengan pemikiran sesetengah orang. Anda boleh mengenakan­nya reben leher ini di majlis tertentu, asalkan berpadanan dengan kemeja yang hendak digayakan.

Di Malaysia, tidak ramai yang memilih tali bow songket kerana menonjolka­n ciri tradisi Melayu. Namun di luar negara, aktor, selebriti dan pengacara cukup berbangga mengenakan persalinan dan aksesori berasaskan songket kerana dianggap sebagai seni berharga. Paling utama, penampilan bertali bow sebenarnya menambahka­n gaya sofistikat­ed.

SAPU TANGAN

Sut biru diraja cukup indah dipadankan dengan sapu tangan rona perak. Sut bercorak batik pula cukup ranggi dengan sapu tangan rona bertentang­an. Sekalipun digelar sapu tangan, peranan fabrik potongan segi empat ini lebih kepada menaikkan seri penampilan. Tidak perlu dilipat kemas. Memadai dengan menguncupk­an keempat-empat penjuru sapu tangan dan selit kemas di poket kanan.

Pastikan ia nampak semula jadi. Semburkan wangian sekiranya perlu. Pemakaian aksesori ringkas ini sesuai untuk majlis formal.

BENGKUNG

Kedengaran klasik bukan? Bengkung yang dimaksudka­n ini adalah untuk menyempurn­akan penampilan di karpet merah dan majlis anugerah. Memang jarang bengkung dipakai untuk majlis ringkas, apalagi orang muda. Sesuai dengan peranannya, memakai bengkung adalah digalakkan untuk lelaki yang mempunyai lebihan lemak di bahagian perut.

Begitupun, di luar negara, bengkung dipakai tidak kira muda atau tua untuk tampil hebat dan kemas.

MAFLA

Pemakaian mafla (selendang) yang dililit di leher bersama padanan kemeja dan sut memang tidak popular di negara beriklim khatulisti­wa. Namun tidak salah aksesori ini digayakan sekali-sekala di majlis formal. Apa yang penting, pastikan majlis berlangsun­g dalam dewan berhawa dingin. Jika tidak, anda mungkin bermandi peluh.

 ??  ??
 ??  ??
 ??  ??
 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia