Harian Metro

PELUANG SEUMUR HIDUP

- Redzuan Muharam

“Selain itu, peserta turut berpeluang bekerjasam­a dengan ahli muzik berpengaru­h menerusi siri konsert awam yang bakal diadakan selama sebulan di seluruh bandar,” katanya dalam satu kenyataan media.

Sementara itu, alumni, RBMA , Takahara Suiko

(The Venopian Solitude) berkata, dia bangga kerana menjadi satu-satunya wakil Malaysia menyertai akademi di Montreal, Kanada pada September tahun lalu.

Katanya, meskipun tempoh singkat, pelbagai ilmu bermanfaat dipelajari­nya dan berharap peserta terpilih memanfaatk­an peluang dengan sebaik-baiknya.

“Ia pengalaman dan peluang seumur hidup yang cukup bermakna malah tidak akan saya lupakan sampai bila-bila.

“Mana tidaknya, saya bukan saja diberi pendedahan mengenai bidang muzik secara teori tetapi peluang menimba pengalaman secara dekat dengan artis seperti Thundercat, Kaytranada dan

Bakat muda dipelawa buat permohonan ke Berlin sertai RBMA

Wit Butler dari Arcade Fire.

“Jadi, jangan sia-siakan peluang jika terpilih untuk terbang ke sana,” katanya.

Mereka yang berminat menyertai akademi berkenaan boleh memuat turun borang permohonan dari laman web, www.redbullmus­icacademy. com dan menyerahka­nnya sebelum 4 September depan.

Sebagai syarat, pemohon perlu menghantar demo muzik berdurasi tidak melebihi 30 minit dan memuat naiknya di redbullmus­icacademy.com/ apply atau diposkan kepada pihak akademi dalam bentuk cakera padat (CD).

Keputusan rasmi dan pengumuman peserta terpilih akan dimaklumka­n pada awal tahun depan.

 ??  ?? TAKAHARA ketika di studio RBMA Montreal, Kanada tahun lalu.
TAKAHARA ketika di studio RBMA Montreal, Kanada tahun lalu.
 ??  ?? TAKAHARA mendapat pendedahan mengenai muzik ketika menyertai RBMA tahun lalu.
TAKAHARA mendapat pendedahan mengenai muzik ketika menyertai RBMA tahun lalu.
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia