Harian Metro

‘SAYA PUAS BUAT KERJA AMAL’

- Zaitie Satibi zaisa@hmetro.com.my

Melihat penampilan­nya yang selekeh dan tidak terurus, pasti ramai yang menganggap lelaki berusia ini orang kurang siuman. Apatah lagi tabiatnya menunggang motosikal yang sarat pelbagai barangan.

Kehadiran Ishak Osman, 53, bersama motosikal retro Yamaha RXS miliknya di khalayak ramai menarik perhatian kerana kenderaan itu umpama rumah bergerak yang dipenuhi perkakas untuk bertukang, peralatan mencuci, beg pakaian, bekalan makanan dan minuman serta kanvas khemah.

Bak pepatah Inggeris ‘jangan menilai sesebuah buku berdasarka­n kulitnya’, kerana lelaki berasal dari Felda Tenang, Labis, Johor ini sebenarnya aktif melakukan kerja amal dengan mencuci masjid, surau dan balai raya di sekitar daerah berkenaan serta Segamat sejak 10 tahun lalu.

“Saya sedar ramai yang memandang jijik apabila melihat keadaan saya begini, tetapi saya tidak kisah. Biarlah mereka berkata apa saja, apa yang penting saya puas setiap kali melakukan kerja amal dan matlamat untuk bantu orang tercapai.

“Walaupun memulakan kerja kebajikan ini selepas berusia 40 tahun, namun bagi saya belum terlewat andai ada kemahuan. Saya memilih membersihk­an rumah ibadat dan premis kemudahan orang ramai kerana ada kemahiran untuk membaik pulih.

“Saya juga akan

Ishak cuci

masjid, surau dan balai raya di sekitar

Labis, Segamat sejak 10 tahun lalu

 ??  ?? ISHAK menunggang motosikal bersama peralatan untuk mencuci masjid.
ISHAK menunggang motosikal bersama peralatan untuk mencuci masjid.
 ??  ?? ANTARA perkakas bertukang dan mencuci masjid
yang dibawa ke mana-mana.
ANTARA perkakas bertukang dan mencuci masjid yang dibawa ke mana-mana.
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia