Harian Metro

Kebajikan pelajar jadi tumpuan

- DARI MUKA 1

AKIF Merkezi berperanan promosi Malaysia kepada warga

Turki

Walaupun hanya menjadi kumpulan minoriti di negara berkenaan tetapi bukan penghalang untuk mengadakan pelbagai aktiviti memperkuku­hkan ukhuwah sesama mereka.

Sehubungan itu, sebuah pusat komuniti rakyat Malaysia pertama di Istanbul yang dikenali sebagai AKIF Merkezi ditubuhkan untuk menjadikan aktiviti lebih mudah diadakan dan tersusun.

Pusat itu dibuka di Fatih iaitu di tengah-tengah kota Istanbul yang memuatkan dewan kuliah, bilik pejabat, dapur dan bilik mandi dengan sewa bulanan mencecah 3,500 lira (RM5,000).

Pengurus AKIF Merkezi Nabhan Zainal Aman berkata, sejak pusat itu diwujudkan komuniti Malaysia di negara berkenaan tidak perlu lagi berhadapan situasi terpaksa ‘menumpang’ rumah komuniti, pusat pertubuhan bukan kerajaan (NGO) milik institusi tempatan atau menyewa dewan hotel setiap kali mengadakan program atau pertemuan.

“Kami amat menitikber­atkan kehidupan secara berkomunit­i di sini kerana dengan semangat itu, usaha dan sokongan dari aspek pendidikan, kebajikan, kerohanian serta emosi akan lebih lengkap di samping menjamin kehidupan di perantuan.

“Bagi komuniti Malaysia di Turki, kebersamaa­n dan ukhuwah menjadi kekuatan penting dalam menghadapi hari mendatang,” katanya kepada Nuansa.

Katanya, selain aktiviti ukhuwah seperti pertemuan santai hujung minggu, perkongsia­n ilmiah menjadi kebiasaan bagi komuniti di Istanbul.

“Hampir setiap minggu, program perkongsia­n oleh tokoh hebat yang singgah di Istanbul akan menyampaik­an pelbagai topik termasuk motivasi, ekonomi dan perniagaan, perkembang­an pendidikan, pendidikan Islam, dakwah dan isu kemanusiaa­n.

“Kebajikan pelajar juga menjadi tumpuan penting oleh komuniti Malaysia demi memastikan bakal graduan dan aset masa depan negara ini sentiasa mendapat sokongan serta perhatian sewajarnya,” katanya.

Beliau berkata, AKIF Merkezi diuruskan secara bersama Ansori, AKIF Turkiye, Tabung Kebajikan dan Pendidikan Jaipetra (TAJA) serta sokongan sebuah ejen pengembara­an terkenal Jejak Uthmaniyah yang bekerjasam­a sejak Disember 2016 bagi merealisas­ikan sebuah hab pendidikan, kebajikan serta kebudayaan yang penting bagi mempromosi­kan Malaysia kepada warga Turki.

“Dengan semangat muhibah dan kesukarela­wanan yang tinggi, diharapkan komuniti Malaysia di Turki akan menjadi lebih kuat, bersatu padu dan prihatin terhadap persekitar­an komuniti mereka.

“Pusat ini masih baru dan memerlukan sumbangan orang ramai untuk pembiayaan kos sewa bulanan, utiliti dan pembanguna­n.

“Sumbangan boleh disalurkan ke akaun 3610 1001 160 (Hong Leong Islamic Bank Berhad) atas nama Tabung Kebajikan dan Pendidikan Jaipetra,” katanya. -Nor ‘Asyikin Mat Hayin

 ??  ?? PERSEMBAHA­N oleh anak rakyat Malaysia yang menetap di Turki ketika perasmian AKIF Merkezi. Bagi komuniti Malaysia di Turki, kebersamaa­n dan ukhuwah menjadi kekuatan penting dalam menghadapi hari mendatang
PERSEMBAHA­N oleh anak rakyat Malaysia yang menetap di Turki ketika perasmian AKIF Merkezi. Bagi komuniti Malaysia di Turki, kebersamaa­n dan ukhuwah menjadi kekuatan penting dalam menghadapi hari mendatang
 ??  ?? WAKIL Duta Besar Malaysa di Republik Turki Zakaria Md Nani merasmikan AKIF Merkezi.
WAKIL Duta Besar Malaysa di Republik Turki Zakaria Md Nani merasmikan AKIF Merkezi.
 ??  ?? PERSEMBAHA­N penuntut Malaysia.
PERSEMBAHA­N penuntut Malaysia.
 ??  ?? SEBAHAGIAN komuniti Malaysia yang menetap di Turki.
SEBAHAGIAN komuniti Malaysia yang menetap di Turki.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia