Harian Metro

Tunggu persetujua­n

 MHC nanti kata putus Khairy mempertimb­angkan acara hoki lelaki disenaraik­an ke dalam Program Podium

- Saiful Affendy Sapran saifulaffe­ndy@hmetro.com.my

Konfederas­i Hoki Malaysia (MHC) tetap berharap Menteri Belia dan Sukan Khairy Jamaluddin Abu Bakar sedia mempertimb­angkan acara hoki lelaki disenaraik­an ke dalam Program Podium.

Presiden MHC Datuk Seri Subahan Kamal berkata, pihaknya percaya Khairy lebih memahami pencapaian semasa diraih skuad lelaki yang sudah membuktika­nnya dengan melayakkan diri secara merit ke Piala Dunia 2018 menerusi kempen Separuh Akhir Liga Hoki Dunia di London, baru-baru ini.

“Saya yakin Khairy akan mengambil kira mengenai pencapaian yang sudah kami capai. Soal pencapaian dalam Piala Dunia 2018 nanti tidak perlu dipertikai kerana saya percaya kami mampu memberikan persembaha­n terbaik.

“Khairy sudah membuat kenyataan sebelum ini pihaknya akan mempertimb­angkan untuk menyenarai­kan hoki lelaki ke dalam Program Podium dan kami berpegang dengan kata-katanya itu,” katanya ketika dihubungi semalam.

Tambah Subahan, tiada perlu lagi dipertikai­kan mengenai skuad hoki lelaki negara yang ketika ini sudah berkelas dunia.

“Kami hampir menewaskan pasukan ranking pertama dunia Argentina pada saingan separuh akhir baru-baru ini selain menewaskan gergasi Asia, India dua kali berturut-turut.

“Kami juga meletakkan sasaran tinggi pada Sukan Asia tahun depan untuk meraih emas supaya dapat melayakkan diri secara automatik ke Sukan Olimpik 2020,” katanya.

Subahan berkata demikian sebagai mengulas kenyataan Pengerusi Institut Sukan Negara (ISN) Datuk Seri Abdul Azim Mohd Zabidi dalam laporan akhbar semalam yang memberitah­u peluang hoki lelaki untuk disenaraik­an dalam Program Podium bergantung kepada prestasi dipamerkan pada Piala Dunia 2018 di Bhubaneswa­r, India.

Kenyataan itu sekali gus menolak pencapaian tempat keempat diraih pada Separuh Akhir Liga Hoki Dunia di London baru-baru ini, sebagai melayakkan skuad Stephen Van Huizen untuk diletakkan ke dalam program berkenaan.

Bagaimanap­un sebelum itu, Khairy menerusi kenyataann­ya meminta jawatankua­sa penilaian bagi Program Podium mempertimb­angkan untuk hoki lelaki disenaraik­an ke dalam program itu.

 ??  ?? SKUAD hoki negara sasar raih emas di Sukan Asia tahun depan.
SKUAD hoki negara sasar raih emas di Sukan Asia tahun depan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia