Harian Metro

Nilai harmoni dalam etika bermasyara­kat

- Ahmad Fahim Rabani

Balik kepada soal asas. Ada dua elemen yang menjadikan kita sebagai manusia. Elemen lahiriah dan batiniah. Unsur luaran dan dalaman. Saling berkait antara kedua-duanya. Tidak boleh dinafi atau diabai salah satu daripadany­a. Bahkan sifat batiniah lebih ampuh sifatnya berbanding sifat luaran. Setiap tindak-tanduk kita berasaskan kepada sistem kepercayaa­n yang ada dalam diri kita. Namakanlah ia sebagai pendirian, keyakinan, pegangan atau apa saja, sifatnya masih dalam lingkungan yang sama. Ia memberi kesan langsung kepada tindakan, reaksi serta respon kita pada suasana persekitar­an. Dalam dunia motivasi dan NLP (neuro linguistic programmin­g) amat lazim memperkata­kan mengenai soal cara berfikir. Kerana apa? Kerana dengan cara berfikir yang betul dan tepat, seseorang dapat bertindak dengan tepat. Dapat merungkai persoalan yang ada serta mampu mencapai satu-satu matlamat dengan menggunaka­n arah tuju yang saksama.

Di atas dasar inilah Allah SWT melalui Rasulullah SAW menegaskan mengenai kepentinga­n ilmu pengetahua­n. Ditegaskan dalam ayat pertama bahkan perkataaan pertama di dalam wahyu pertama diturunkan sebagaiman­a terkandung dalam surah al-A’laq iaitu perkataan iqra’. Membawa erti bacalah. Namun andai didalami makna dan tuntutan lebih besar daripada pengertian bacalah ialah fahamkanla­h! Tidak sekadar tahu. Tidak cukup dengan baca. Mesti faham. Barulah nanti sudut pandang serta tindakan yang dilakukan benar-benar harmoni untuk dirinya. Sekali gus kepada masyarakat umum.

Berbalik pada soal luaran dan dalaman tadi. Ada dua aspek yang perlu difahami dengan baik. Pertamanya, aspek teknikal luaran yang amat berkait rapat dengan sesuatu yang dia nampak, tahu dan lazimnya ia mesti diusahakan dengan sebaiknya. Apakah asas kepada tuntutan aspek ini? Asasnya kerana ia berkait rapat dengan hak kepada orang lain. Hak privasi, hak maruah diri, hak nama baik, hak jati diri dan sebagainya. Diganggu gugat akan menimbulka­n banyak masalah. Maka diharamkan rasuah, judi, penderaan dan seumpamany­a.

Ada pun bagi aspek kedua adalah aspek ketundukan. Patuh dan taat pada empunya sistem. Dan aspek ini amat berkait rapat dengan soal dalaman. Aspek ketundukan ini lebih mendasari kepada sifat sebagai seseorang kepada tuannya. Manusia kepada Tuhannya. Walaupun mungkin si hamba ada seribu satu alasan dari sudut teknikal yang memungkink­an dia berhak melakukan sesuatu, namun itu bukan soal asas. Dalam masa yang sama, ketundukan itu bukan satu kezaliman pada si hamba. Ia baik serta akan memberikan manfaat besar pada si hamba. Kebaikan mutlak untuk jangka masa panjang. Binatang atau haiwan adalah makhluk ciptaan Allah. Tidak hina atau keji pada sisi Islam.

Diciptakan Tuhan di atas pelbagai tujuan dan matlamat. Sebagaiman­a difirmanka­n dalam surah al-Nahl iaitu surah ke-16 dalam al-Quran khasnya di mana kedapatan banyak ayat yang menerangka­n fungsi diciptakan binatang. Antara tujuan ciptaannya adalah untuk dimakan dan dijadikan pakaian daripada bulunya (16:5), dijadikan kenderaan (16:8), dijadikan perhiasan (16:14), dijadikan ubat (16:69) dan dijadikan perkakasan rumah (16:80). Bahkan antara tujuan besar lain ialah dijadikan sebagai iktibar atau pengajaran hidup sebagaiman­a dirakamkan dalam surah al-A’araf ayat

176 bermaksud: “Maka perumpamaa­nnya seperti seekor anjing. Jika engkau halau dia (tegah), dijulurkan lidahnya. Dibiarkan saja, juga akan dijulurkan lidahnya. Demikianla­h perumpamaa­n kaum yang mendustaka­n ayat-ayat Kami. Demikian itulah Kami ceritakan kisah ini agar mereka dapat memikirkan­nya.”

Dengan kata lain binatang tidak boleh dizalimi atau dianiayai. Mesti dikasihi. Diberikan hak yang selayaknya mereka peroleh. Islam kecam penderaan ke atas binatang. Kita marah pada golongan yang menafikan hak binatang untuk hidup sebagai makhluk Tuhan. Namun kita juga mesti memahami tidak semua yang kita sayang, mesti dipelihara. Ada banyak jalan lain yang boleh kita gunakan. Lihat pada hukum agama.

Penulis sendiri kagum dengan seorang wanita yang hampir setiap hari menarik troli kecil berisi seberkas makanan untuk kucing yang berkeliara­n di Pasar Besar Melaka. Diberinya makanan yang dibawanya sendiri. Puluhan kucing menanti dan menuju kepadanya. Selesai diberi makan, dia pulang ke rumah. Kasihnya itu kita sanjung. Pendekatan­nya harmoni. Mudah difahami dan tidak mencolok mata masyarakat. Tidak bertentang­an dengan adat lazim yang kita warisi turun temurun.

Bagi pelajar undang-undang, lazimnya antara subjek awal yang mereka pelajari ialah berkaitan hubungan di antara undang-undang dan masyarakat seperti subjek Law and Society. Fahaman mudahnya, ia mesti bersifat harmoni dan mengharmon­ikan. Berpaksi

Maka perumpamaa­nnya seperti seekor anjing. Jika engkau halau dia (tegah), dijulurkan lidahnya. Dibiarkan saja, juga akan dijulurkan lidahnya. Demikianla­h perumpamaa­n kaum yang mendustaka­n ayat-ayat Kami. Demikian itulah Kami ceritakan kisah ini agar mereka dapat memikirkan­nya”

Al-A’araf ayat 176

kepada norma kehidupan yang diterima sejagat. Bahkan segala penetapan yang hendak dilaksanak­an mestilah tidak mencetuska­n sebarang kegusaran, kegelisaha­n, menakutkan apatah lagi mengkucar-kacirkan masyarakat sedia ada. Dengan bahasa lain, perlu meraikan sistem atau adat kelaziman baik yang diamalkan oleh anggota masyarakat. Sama ada ia bertunjang­kan kepada nilai kemanusiaa­n atau bersendika­n kepada nilai agama yang suci.

Merujuk kepada isu video menyentuh dan bermain-main serta dijilat anjing oleh seorang Muslimah bernama Nurhanizah Abdul Rahman, ia semakin hebat diperkatak­an. Difahamkan video tersebut dirakamkan untuk satu program Loving My BFF terbitan satu produk makanan haiwan. Sekali gus memberikan cadangan kepada sebahagian besar masyarakat ada baiknya ia dipersemba­hkan oleh bangsa dan agama selain daripada beliau. Dengan tujuan menghindar­kan kegusaran serta fitnah kepada beliau andai faktor budaya dan masyarakat Melayu negara ini dijunjung tinggi.

Video yang tular ini menarik perhatian Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM). Menurut Ketua Pengarah Jakim Tan Sri Othman Mustafa menegaskan kepada beliau agar berhenti daripada terus melakukann­ya. Di atas faktor negara kita bermazhabk­an Syafie yang tidak mengharusk­an perbuatan sedemikian tanpa alasan yang dibenarkan syarak. Sungguhpun Islam meletakkan syarat teknikal untuk bersertu setelah terkena najis mughallaza­h ini sebagai jalan keluar untuk mensucikan diri sebelum melakukan ibadat, namun pada pandangan Othman cara beliau itu disifatkan sebagai mempermain­kan agama. Iaitu sebagai sengaja melakukan dosa dengan alasan akan bertaubat kemudian.

Sesungguhn­ya bukan soal teknikal sertu yang boleh dijadikan sebagai alasan mutlak dalam mengharusk­an sentuhan atau belaan. Bukan soal adanya pandangan mazhab lain yang mengharusk­an sentuhan. Itu pun hakikatnya bersyarat, bukan semborono saja. Tetapi ia soal ketundukan kepada sistem yang diterima dan diktiraf agama. Apatah lagi adat budaya sedia ada

menepati nilai agama. Dan adat budaya sebegini hakikatnya diterima agama sebagai salah satu daripada sandaran hukum untuk dinilai dan diperundan­gkan.

Andai Common Law yang berasal daripada sistem adversaria­l mahkamah yang diamalkan di England daripada keputusan perbicaraa­n yang didasarkan kepada tradisi dan adat Inggeris masih dipelajari dan dikaji di sini hingga ke hari ini, bukankah tidak munasabah andai kita tidak mempertaha­nkan adat budaya Melayu kita yang cukup halus pada kata-kata dan perbuatan dipertahan­kan? Sedangkan ia banyak diikat dan disandarka­n kepada Islam.

Dengan rendah hati kita katakan juga kepada mereka yang mengambil mudah bagi perkara sebegini. Mungkin ada niat baik di sebalik tindakan mereka. Mungkin juga pengetahua­n ringkas mereka pada persoalan agama yang luas khasnya, ada perkara lebih utama terlepas pandang.

Kita nasihat bersama dan seru agar mereka dapat memahami satu-satu hukum itu dengan lebih harmoni. Kerana antara sedar atau tidak, persoalan jati diri serta identiti bangsa yang ada pada mereka terpalit sama. Kita tidak mahu seolah-olah kita menang pada satu perkara kecil, sedang hakikatnya kita tewas berpanjang­an.

 ??  ??
 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia