Harian Metro

TANGISI MAYAT IBU

 Suami pulang rumah tersentak lihat isteri terbujur kaku sambil anak menangis di sisi

- Mary Victoria Dass dan Izlaily Nurul Ain Hussein am@hmetro.com.my

> Betapa pilu hati seorang

suami apabila melihat isterinya terbujur kaku di atas katil sambil dua anak yang masih bayi menangis di sisi. Senario menyayat hati itu dialami suami Siti Rohana Redzuan, 36, sewaktu pulang dari kerja kira-kira jam 8.30 malam. Ketika itu, anak lelakinya yang berusia setahun tujuh bulan sedang menangis dipercayai

kelaparan, manakala bayi perempuan berusia sebulan

tersedu tanpa suara, lapor Mary Victoria Dass dan Izlaily

Nurul Ain Hussein

Pilu dan menyayat hati melihat isteri terbujur kaku di atas katil sambil dua anak yang masih bayi sedang menangis di sisinya.

Begitu situasi menyedihka­n dialami Afree Mohamed, 35, suami kepada Siti Rohana Redzuan, 36, yang mati akibat paru-paru berair dan masalah jantung.

Dia menemui isterinya itu yang bertugas sebagai guru di sebuah sekolah menengah di sini kaku di atas katil sebaik pulang dari kerja kira-kira jam 8.30 malam, Selasa lalu.

Sebelum itu, Afree yang bekerja sebagai pemandu lori keluar dari rumah mereka di Taman Putri Kulai, dekat sini, kira-kira jam 6.30 pagi dan ketika itu, isterinya sedang tidur bersama dua bayi mereka.

Seorang ahli keluarga mangsa yang enggan namanya disiarkan memberitah­u, mayat Siti Rohana ditemui suaminya dengan anak lelaki berusia setahun tujuh bulan menangis di sisinya dipercayai kelaparan manakala bayi perempuan berusia lebih sebulan menangis namun sudah tidak bersuara.

Difahamkan, Siti Rohana sedang berpantang selepas bersalin anak kedua dan dikatakan baru pulang ke rumah mereka dua hari..

Malah, ketika pulang ke rumah keadaan kesihatan Allahyarha­m baik dan tidak menunjukka­n penyakit kronik.

Dia pulang ke rumah pun selepas bersalin serta berpantang di rumah keluargany­a yang terletak di daerah sama.

Ketua Polis Daerah Kulai Superinten­dan Razak Md Said yang mengesahka­n kejadian itu berkata, bedah siasat ke atas mayat mangsa semalam mendapati kematian Siti Rohana berpunca daripada paru-paru berair dan masalah jantung.

“Pasukan perubatan Hospital Temenggong Seri Maharaja Tun Ibrahim (HTSMTI) Kulai yang datang di lokasi mengesahka­n wanita itu sudah meninggal dunia,” katanya yang mengatakan siasatan kes diklasifik­asikan sebagai mati mengejut.

Sementara itu, ahli keluarga mangsa memberitah­u keluarga arwah tidak pernah mengabaika­n penjagaann­ya ketika berpantang seperti digambarka­n segelintir pihak di dalam media sosial.

Malah, Siti Rohana pernah dirujuk ke pusat perubatan berhampira­n bagi menjalani pemeriksaa­n kesihatan baru-baru ini selepas mengalami komplikasi tertentu dan ditemani keluarga.

Arwah dikatakan hanya dibenarkan pulang ke rumahnya selepas beransur pulih dan kuat, malah suami tidak pernah bertegas mahu membawanya pulang ke rumah, sebaliknya membiarkan arwah berada di rumah keluarga untuk mendapatka­n penjagaan sepanjang berpantang.

Ibu arwah yang menjaganya sepanjang tempoh berpantang juga terkejut dan sedih apabila dimaklumka­n mengenai kejadian itu.

Dalam pada itu, beberapa rakan arwah mempertika­ikan pengguna laman media sosial yang tidak menghormat­i sensitivit­i keluarga dan berharap mereka menghentik­an cemuhan.

Menurut mereka, polis dan pasukan perubatan sudah menjalanka­n siasatan serta bedah siasat mendapati arwah meninggal dunia akibat penyakit, jadi tidak perlulah menyalahka­n orang lain hingga mengganggu keluarga.

“Manusia kini mungkin berpendidi­kan lebih tinggi berbanding ibu bapa mereka, malangnya mereka bukan saja tidak menyelami agama, malah tidak beradab ketika memberikan komen di laman sosial,” kata seorang rakan yang enggan dikenali kerana menghormat­i keluarga arwah.

Sementara itu, Afree ketika ditemui enggan mengulas berkaitan kejadian menimpa isterinya.

 ??  ?? Bayidua
beradik tersedudis­isi
jenazahibu
Bayidua beradik tersedudis­isi jenazahibu
 ??  ?? RUMAH Afree sepi tanpa kelibat ahli keluarga. AFREE mendekatka­n bayinya ke wajah Siti Rohana untuk kali terakhir sebelum solat jenazah.
RUMAH Afree sepi tanpa kelibat ahli keluarga. AFREE mendekatka­n bayinya ke wajah Siti Rohana untuk kali terakhir sebelum solat jenazah.
 ??  ?? SAAT gembira Siti Rohana bersama suami dan anak-anaknya.
SAAT gembira Siti Rohana bersama suami dan anak-anaknya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia