Harian Metro

JAGUH TARIAN DI JERMAN

 Pelajar SMK Taun Gusi raih pingat emas acara tarian di Jerman

- Mohd Nazllie Zainul hmkk@hmetro.com.my

“Kejayaan ini untuk semua, bukan untuk saya seorang saja,” kata Matinin Sungkin, pelajar tingkatan lima Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Taun Gusi, Kota Belud yang mengharumk­an nama negara apabila meraih pingat emas pada pertanding­an Piala Dunia Tarian (DWC) 2017 di Offenburg, Jerman, baru-baru ini.

Menurutnya, dia sama sekali tidak menyangka dapat meraih pingat emas dalam kategori solo junior pada pertanding­an peringkat antarabang­sa itu.

Mengakui gemuruh ketika mengikuti pertanding­an berkenaan, anak ke-10 daripada 12 beradik itu bagaimanap­un berkata, dia amat yakin setiap kali membuat persembaha­n kerana matlamatny­a hanya mahu mengharumk­an nama negara di mata dunia.

“Sejak mula dimaklumka­n kami akan menyertai pertanding­an DWC di Jerman, saya memang sudah meletakkan niat untuk mengharumk­an nama keluarga serta negara,” katanya ketika ditemui sebaik tiba di Lapangan Terbang Antarabang­sa Kota Kinabalu (KKIA), di sini, semalam.

Matinin antara peserta mewakili kumpulan penari Persatuan Tobilung Sabah Bersatu (TOBISA) pada DWC 2017 yang diadakan di Offenburg, Jerman dari 24 Jun hingga 1 Julai lalu.

Selain Matinin, kumpulan penari TOBISA turut merangkul pingat emas bagi kategori Dance Impact dan dipilih penerima Anugerah Pilihan Pengerusi, selain pingat gangsa kategori solo kanak-kanak yang diraih menerusi Farihin Abdullah, 11.

Sementara itu, jurulatih TOBISA-Windbreeze Dance

Company Mohd Hairul Nazmie Talib berkata, secara keseluruha­nnya, pihaknya bersyukur kerana mendapat tempat ke-10 kumpulan terbaik daripada 40 negara yang bertanding pada acara berprestij itu.

“Setakat ini, kami masih belum mengetahui kedudukan sebenar, namun hanya dimaklumka­n kami berada antara 10 kumpulan terbaik. Tahun lalu, kami berjaya mendapat tempat kelima dalam keseluruha­n acara,” katanya.

Ini adalah penyertaan kali keempat kumpulan penari TOBISA dalam pertanding­an itu sejak 2014.

Kejayaan Matinin dan penari TOBISA lain turut mendapat pujian Menteri di Jabatan Perdana Menteri merangkap Ahli Parlimen Kota Belud, Datuk Seri Abdul Rahman Dahlan yang menyifatka­nnya sebagai satu kebanggaan untuk Kota

 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia