Harian Metro

KASINO PONDOK USANG

- Shamsul Munir Safini shamsulmun­ir@hmetro.com.my

asino Pondok’ di Taman Desa Titi Panjang, di sini, mungkin nampak usang kerana berdinding­kan kertas kadbod, namun jumlah wang pertaruhan kaki judi mampu mencecah sehingga puluhan ribu ringgit.

Kasino usang diusahakan juruteknik yang tinggal berdekatan kawasan itu, bagaimanap­un dikesan pihak berkuasa sebelum diserbu polis jam 1.30 tengah hari, kelmarin.

Dalam serbuan itu, empat lelaki berusia 40, 44 dan 64 tahun serta penganjur berusia 31 tahun dicekup polis ketika leka bermain judi dalam talian tanpa lesen dengan menggunaka­n tablet.

Ketua Polis Daerah Seberang Perai Tengah Asisten Komisioner Nik Ros Azhan Nik Ab Hamid berkata, serbuan dilakukan selepas mendapat maklumat daripada orang ramai mengenai kewujudan pondok judi berkenaan.

Beliau berkata, mereka bermain aplikasi perjudian dalam talian dikenali sebagai SCR dengan menggunaka­n tablet sambil dikendalik­an juruteknik berkenaan.

“Suasana perjudian di pondok itu sama seperti di tempat perjudian haram lain, malah setiap tablet yang digunakan disambungk­an ke Internet melalui WiFi disediakan di situ.

“Semua tablet dan barangan yang digunakan bagi tujuan perjudian di pondok berkenaan milik penganjur yang juga juruteknik,” katanya.

Nik Ros Azhan berkata, tindakan penganjur begitu licik sehingga tiada siapa menyangka pondok usang itu digunakan sebagai tempat perjudian dalam talian, malah dilengkapi peralatan canggih seperti WiFi dan sebagainya.

Beliau berkata, polis merampas beberapa tablet dan telefon bimbit, modem WiFi serta wang pertaruhan RM400.

Katanya, semua suspek dan barang rampasan dibawa

 4 termasuk juruteknik leka berjudi dalam talian ditahan di Taman Desa Titi Panjang

ke Ibu Pejabat Polis Daerah Seberang Perai Tengah bagi tindakan selanjutny­a dan kes disiasat mengikut Seksyen 4B(a), Akta Rumah Judi Terbuka 1953.

 ??  ??
 ??  ?? ANTARA yang ditahan bersama peralatan yang dirampas dalam operasi Kasino Pondok di Taman Desa Titi Panjang.
ANTARA yang ditahan bersama peralatan yang dirampas dalam operasi Kasino Pondok di Taman Desa Titi Panjang.
 ??  ?? OPERASI Kasino Pondok di Taman Desa
Titi Panjang.
OPERASI Kasino Pondok di Taman Desa Titi Panjang.
 ??  ?? ANTARA peralatan yang dirampas dalam operasi Kasino Pondok di Taman Desa Titi Panjang.
ANTARA peralatan yang dirampas dalam operasi Kasino Pondok di Taman Desa Titi Panjang.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia