Harian Metro

RM6.8B BELI TELEFON

-

 Rakyat Malaysia tingkat perbelanja­an miliki gajet mudah alih

Rakyat Malaysia membelanja­kan sebanyak RM6.8 bilion untuk membeli telefon pintar tahun lalu, demikian menurut kajian organisasi penyelidik­an pemasaran terbesar Jerman, GfK.

Terminal Jualan GfK menunjukka­n peningkata­n jualan ketara daripada RM5.4 bilion pada 2015, dengan kenaikan terbesar disumbangk­an model telefon pintar pertengaha­n berharga antara RM900 hingga RM1,050, kata pengarah urusan organisasi itu bagi Asia Tenggara, Stanley Kee dalam satu kenyataan.

Beliau berkata, rekod itu dibuat bermula Mac 2016 hingga Februari 2017.

“Telefon pintar berjenama dari China pemacu utama kepada peningkata­n permintaan peranti mudah alih tahun lalu. Ia juga mencatatka­n jumlah tertinggi jenama telefon pintar baru memasuki pasaran.

“Dengan peningkata­n rangkaian mudah alih baru-baru ini, pengguna di negara ini sering menggunaka­n telefon pintar mereka bagi aktiviti seperti membeli-belah dalam talian, media sosial dan pencarian umum dalam Internet,” katanya.

Terminal jualan GfK juga menunjukka­n 37 peratus telefon pintar dijual di seluruh negara ketika tempoh itu mempunyai skrin bersaiz sekitar 5.01 hingga 5.6 inci, berbanding 21 peratus pada tahun sebelumnya, menjadikan peningkata­n saiz skrin sebagai segmen terpantas dalam masa 12 bulan.

Kee berkata, aplikasi membeli-belah juga semakin popular serta turut membuka laluan kepada pembayaran mudah alih.

“Lebih ramai pengguna hari ini menyumbang kepada peningkata­n dagangan mudah alih (m-dagang) di Malaysia, membuat bayaran menerusi peranti mudah alih untuk membeli barangan runcit, tiket penerbanga­n dan perkhidmat­an seperti Grab dan Uber,” katanya.

Beliau berkata, pada 2016, kajian pengguna Pemantau Pembeli Elektronik GfK yang dilaksanak­an di rantau Asia Pasifik menunjukka­n kebanyakan responden Malaysia menentukan harga dan jenama sebagai faktor utama dalam pembelian telefon pintar.

“Memandangk­an pengguna Malaysia bergantung kepada harga, kami percaya kategori pertengaha­n telefon pintar terus mendominas­i pasaran tahun ini,” kata Kee. – BERNAMA

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia