Harian Metro

Kejutan kehadiran perdana menteri

-

Kehadiran Perdana Menteri secara mengejut pada program Keusahawan dan Pengekodan SPARK, meggembira­kan 45 pelajar sekolah yang mengikuti bengkel itu.

Malah kedatangan

Datuk Seri Najib Razak itu menaikkan semangat peserta serta meningkatk­an sifat kreatif mereka pada bengkel anjuran Malaysia Venture Capital Management Berhad (MAVCAP), bersempena dengan acara GREAT (Gabungan Rakan Usahawan Aspirasi Terhebat) Sabah 2017.

Ketua Pegawai Eksekutif MAVCAP Jamaludin Bujang berkata SPARK bertujuan memperkena­lkan pelajar sekolah kerajaan kepada bidang keusahawan­an dan pembanguna­n melalui penekanan aspek pembentuka­n idea, pengesahan, penciptaan, pengekodan dan pitching.

Jelasnya peserta juga didedahkan penggunaan alat penciptaan seperti LiveCode untuk mencipta aplikasi yang dapat menukarkan sesebuah idea menjadi realiti.

“Pelajar terbukti bekerja keras dan bersemanga­t sepanjang program ini, selain menghasilk­an idea-idea yang relevan dan inovatif.

“Merekalah bakat muda yang cemerlang dan kami gembira dapat menyediaka­n platform ini untuk memberi inspirasi kepada mereka melalui pendedahan yang lebih besar terhadap keusahawan­an dan membantu mereka mengasah kemahiran bekerjaya dalam bidang pemprogram­an dan penciptaan aplikasi perisian yang kini sedang berkembang pesat.

“Ini selari dalam menyokong objektif kerajaan untuk mempercepa­t proses inovasi dan keusahawan­an demi menyumbang kepada pembanguna­n negara kita,” katanya.

Antara aplikasi inovatif yang dicipta pada program itu ialah Pasar.com iaitu aplikasi yang membantu pengguna menempah barangan segar dari pasaran melalui dalam talian, selain Search and Go iaitu pengesan peribadi dalam bentuk pelekat untuk mengesan barangan kecil dalam radius 1kilometer (km) serta Fesyen DIY yang membantu pengguna untuk mereka cipta pakaian mengikut gaya peribadi.

 ??  ?? PESERTA bergambar kenangan bersama Najib.
PESERTA bergambar kenangan bersama Najib.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia