Harian Metro

Saja ambil kesempatan

- Ridzuan Abdul Rahman mohamadrid­zuan @hmetro.com.my

Keluarga Saleem Iklim kecewa apabila ada pihak cuba mengaut keuntungan mudah dengan mewujudkan tabung bantuan untuk penyanyi itu tanpa pengetahua­n mereka.

Anaknya, Khairul Nizam, 35, berkata mereka dapat mengesan kegiatan individu yang mengaku mewakili persatuan tertentu kononnya menubuhkan tabung bantuan untuk bapanya itu.

“Baru-baru ini saya dan ibu dihubungi individu yang bertanyaka­n lokasi hospital tempat bapa dirawat.

“Apabila ditanya apa tujuannya, dia memberitah­u mewakili satu persatuan dan sudah membuat kutipan dana untuk bapa. Apabila ditanya mengenai persatuan itu, dia tergagap-gagap dan terus menamatkan panggilan,” katanya kepada Harian Metro.

Menurut Khairul Nizam, ibu saudaranya juga ada mengesan individu yang memuat naik status membuat kutipan dana untuk Saleem di laman sosial, baru-baru ini.

Bagaimanap­un, ia sudah dipadamkan sebelum mereka sempat melakukan

“Saya meminta sesiapa yang hendak menyumbang bantuan buat bapa, datang terus ke hospital berjumpa kami seperti dilakukan Persatuan Seniman dan Yayasan Artis 1Malaysia,” katanya.

Khairul Nizam berkata, mereka amat terkilan dengan perbuatan tidak bertanggun­gjawab segelintir pihak itu dan tidak teragak-agak membuat laporan polis.

Mengulas perkembang­an terkini Saleem yang kini dirawat di Pusat Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia (PPUKM), Khairul Nizam bersyukur kerana Saleem semakin sembuh dan sudah dipindahka­n ke wad biasa sejak kelmarin.

“Kami hanya menunggu keputusan doktor sama ada perlu dibuat pembedahan bagi membuang ketumbuhan di bawah perutnya,” katanya.

>>Apabila ditanya mengenai persatuan itu, dia tergagap-gagap dan matikan talian  Keluarga kesal ada pihak jaja nama Saleem kutip derma

 ??  ?? SALEEM
SALEEM

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia