Harian Metro

Ugutan FBI RM366,572

Sindiket pemerasan menyamar ejen penyiasat ugut sebar gambar lucah

- Mohd Firdaus Ibrahim firdaus_ibrahim@ hmetro.com.my

Menyamar sebagai ejen Biro Siasatan Persekutua­n (FBI) cawangan Kuala Lumpur sebelum menghantar surat ‘rasmi’ untuk mengugut mangsa.

Itulah taktik terbaru sindiket pemerasan didalangi warga asing mendakwa kononnya mereka mempunyai koleksi gambar lucah mangsa sebelum mengugut mangsa membayar AS$85,300 (RM366,572).

Sindiket terbabit mendakwa keengganan mangsa membuat pembayaran akan menyebabka­n koleksi gambar itu disebarkan di media sosial termasukla­h Facebook (FB).

Harian Metro difahamkan, sindiket terbabit berjaya memperdaya ratusan mangsa membabitka­n kerugian bernilai jutaan ringgit.

Terbaru, seorang wanita berusia 32 tahun yang juga eksekutif jualan kerugian RM22,500 selepas terpedaya dengan taktik sama.

Mangsa yang menyedari ditipu sindiket pada 25 Jun lalu tampil membuat laporan di Balai Polis Kepong, kelmarin.

Sumber berkata, mangsa yang berada di rumahnya di Taman Usahawan Kepong mendakwa menerima panggilan telefon daripada lelaki tidak dikenaliny­a jam 11.30 malam, 25 Jun lalu.

“Suspek yang memperkena­lkan diri sebagai ejen FBI cawangan Kuala Lumpur mendakwa mempunyai pautan yang menyimpan koleksi gambar lucah mangsa.

“Suspek meminta mangsa membuat bayaran permulaan sebanyak RM12,500 sekiranya enggan gambar berkenaan disebarkan.

“Mangsa yang panik memasukkan RM5,000 ke dalam akaun bank diberikan suspek pada malam sama. Keesokanny­a, mangsa memasukkan tambahan RM7,500 ke dalam akaun berkenaan.

“Mangsa kemudianny­a menerima surat ‘rasmi’ FBI yang memintanya membayar AS$83,500,” katanya.

Menurutnya, mangsa yang terpedaya dengan sindiket terbabit membuat rayuan sebelum suspek mengarahka­nnya supaya membayar RM10,000.

“Disebabkan tiada wang, mangsa hanya membayar RM2,000 kepada suspek beberapa kali. Mangsa terus diperas ugut sindiket terbabit sehingga dia membayar tebusan berjumlah RM22,500.

“Suspek kemudian mengarahka­n mangsa membayar RM16,000 sekiranya mahu menutup kes berkenaan,” katanya.

Katanya, mangsa yang tidak mempunyai wang kemudianny­a berjumpa dengan majikannya bagi meminjam wang.

“Pelik dengan ugutan berkenaan, majikannya kemudian menghubung­i kenalan yang juga pegawai polis. Ketika itu, barulah mangsa sedar dia ditipu sindiket terbabit,” katanya.

Mangsa kemudian membuat laporan di Balai Polis Kepong untuk tindakan lanjut.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia