Harian Metro

Reka cerita diculik elak dihukum

-

Tindakan kanak-kanak lelaki berusia sembilan tahun yang mendakwa dirinya diculik beberapa lelaki menaiki van putih kelmarin, bukan saja menimbulka­n panik kepada keluarga dan orang ramai, malah polis yang mengambil masa untuk menyiasat laporan itu.

Terdahulu, pada kejadian jam 6. 30 petang, kanakkanak berkenaan memaklumka­n ibunya dia dikejar beberapa lelaki di Kampung Jawa, dekat sini.

Bagaimanap­un, Ketua Polis Daerah Klang Selatan Asisten Komisioner Alzafny Ahmad berkata, siasatan mendapati, kanak-kanak itu mengada-adakan cerita terbabit berikutan tidak hadir ke sekolah.

“Pemeriksaa­n rakaman kamera litar tertutup (CCTV) mendapati kejadian itu tidak berlaku seperti dilaporkan.

“Siasatan mendedahka­n kanak-kanak itu mengada-adakan cerita kerana tidak mahu dihukum disebabkan tidak ke sekolah,” katanya ketika dihubungi, semalam.

Alzafny berkata, kes diklasifik­asikan sebagai tiada tindakan lanjut kerana ibu kanak-kanak itu membuat laporan berdasarka­n maklumat tidak benar yang diberikan anaknya.

Terdahulu, satu salinan laporan polis ibunya tular di media sosial. Laporan itu mendakwa, dua lelaki termasuk seorang daripadany­a memakai topeng cuba menculik anak lelakinya yang berbasikal untuk ke sekolah agama di Kampung Jawa, jam 2 petang kelmarin.

FAKTA

Pemeriksaa­n CCTV mendapati kejadian itu tidak berlaku seperti

dilaporkan

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia